Lagenda Arsenal, Charlie George tinggalkan kelab.

Pada 7 Julai 1975...Pemain lagenda Arsenal, Charlie George menyertai kelab Derby County dengan nilai perpindahan berjumlah £99,000.

Karier bola sepak Charles Frederick George atau lebih dikenali dengan Charlie George bermula pada tahun 1966 apabila menyertai skuad remaja Arsenal sebelum diterima menyertai skuad utama (senior) pada tahun 1968.

Beliau membuat penampilan sulung bersama skuad utama Arsenal dalam perlawanan menentang Everton pada 9 Ogos 1969.

Match Day Programm Arsenal vs Everton 9 Aug 1969.
Kredit gambar : Old Football Programmes
Pada perlawanan tersebut, beliau gagal membantu Arsenal untuk mencapai kemenangan apabila tewas 0-1 kepada Everton ditempat sendiri.

Arsenal v Everton : 09/08/1969 

Superstar
Beliau bukan sahaja terkenal dengan aksi didalam padang malahan aksi beliau diluar padang juga berjaya mencuri serta menambat hati peminat dan penyokong pada zaman tersebut (tahun 1970-an).

Described as ''A bona fide Cockney rebel'' by journalist Jon Wilde, George, like many footballers of the 1970s, was a rough diamond and someone who courted controversy wherever he went. His many bust-ups with managers, players and fans saw him loved and hated in equal measure, but ultimately his combative personality would see him only ever play one game for England. - ESPN

Headbutted dan V
Keegan Kevin pasti tidak dapat melupakan peristiwa dimana  beliau di'tanduk' oleh  Charlie George begitu juga dengan peminat Derby County yang mana aksi George meraikan jaringan-nya itu dengan menunjukkan isyarat jari berbentuk 'V' kepada penonton dan penyokong tuan rumah (Derby).

Jangan tersilap, tanda 'V' ini jika di UK atau bagi orang Inggeris, ianya bermaksud 'piss off' atau 'pergi berambus' dan bukan nya simbol keamanan.

Gambar sekadar contoh.
Kredit gambar: Telegraph
Wira Arsenal
Tahun 1971 merupakan kemuncak kegemilangan beliau bersama Arsenal dimana pada tahun ini beliau berjaya membantu Arsenal menjuarai gelaran berganda dengan menjuarai Piala FA dan Piala Liga.


Pada perlawanan akhir Piala FA 1971, beliau muncul wira pasukan apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan Arsenal menewaskan Liverpool.


Sambutan beliau meraikan gol kemenangan itu disifatkan BBC sebagai salah satu imej/gaya meraikan gol yang masih segar dalam ingatan.

Whichever club you support, Charlie George's celebration after scoring the winner in the 1971 FA Cup final remains one of football's most enduring images.

Charlie George 1971 Cup Final



Lagu/Penghormatan

Beliau mendapat penghargaan daripada kumpulan muzik Steven North dan Flat Back Four dalam lagu-lagu mereka bertajuk "The Charlie George Calypso" dan "I Wish I Could Play Like Charlie George".

I Wish I Could Play Like Charlie George


Charlie George, The King of Highbury
The original King of Highbury – From North Bank to North Bank’s Darling
Kredit Gambar : Gunners Town
Bersara
Pada musim 1983-84, beliau menyertai kelab Coventry City untuk jangka masa pendek dan kemudian nya pada tahun 1984, beliau mengumumkan persaraan beliau.Kini beliau menguruskan pub beliau.

Charlie George.
Kredit Gambar:Alchetron

Post a Comment

Previous Post Next Post