![]() |
Jakub Jankto |
Selepas mengesahkan pembelian serta menandatangani Lacazette, Arsenal kini dikaitkan dengan pembelian pemain muda Udinese, Jakub Jankto.
Sebelum itu, Arsenal terlebih dahulu telah menandatangani pemain kelab Schalke 04 secara percuma iaitu Sead Kolasinac.
Sead Kolasinac menyertai Arsenal dengan yuran perpindahan percuma. |
Menurut laporan media Itali, Gazzetta dello Sport sebagaimana dipetik oleh laman talkSport yang mendedahkan dimana Arsenal dikatakan berminat untuk membawa pemain muda kelahiran Czech itu menyertai skuad The Gunners musim depan.
Arsenal yang dilaporkan telah lama memerhatikan perkembangan pemain berusia 21 tahun ini, dikatakan bakal membuat tawaran kepada kelab Itali itu bagi membawa masuk menyertai The Gunners namun sehingga kini masih belum terdapat sebarang berita yang mengaitkan Arsenal membuat sebarang tawaran kepada Udinese.
Jakub Jankto, mengikut laporan itu dikatakan mempunyai klausa pelepasan (kontrak) berjumlah £6juta.
Info Ringkas Mengenai Jakub Jankto
Info Pemain | |
---|---|
Tarikh Lahir | Jan 19, 1996 |
Umur | 21 |
Tinggi | 1,84 m |
Warganegara | Czech Republic Czech Republic |
Posisi | Midfield - Central Midfield |
Kaki | Kiri |
Ejen Pemain | Gr Sports |
Kelab Terkini | Udinese |
Tarikh Menyertai Kelab Terkini | Jul 1, 2015 |
Tempoh Berakhir Kontrak | 30.06.2021 |
Tarikh Kontrak Disambung | Apr 14, 2017 |
Adakah benar seperti dilaporkan bahawa Wenger bakal menandatangani atau membeli pemain muda ini?
Rekod Penampilan
Saingan | Penampilan | Gol | Assist |
---|---|---|---|
Serie B | 34 | 5 | 9 |
Serie A | 29 | 5 | 4 |
Primavera B | 23 | 3 | - |
Coppa Primavera | 3 | 1 | - |
Coppa Italia | 2 | - | - |
Primavera Fase Finale | 1 | - | - |
Jumlah | 92 | 14 | 13 |
Jika dikira dengan umur dan persembahan beliau pada musim lepas, boleh dikatakan agak berbaloi jika Arsenal berjaya mendapatkan pemain ini pada nilai yuran perpindahan £6 juta.
Musim 2016/17 | Penampilan | Gol | Assist |
---|---|---|---|
Serie A | 29 | 5 | 4 |
Coppa Italia | 1 | - | - |
Jumlah | 30 | 5 | 4 |