Pra Musim : Arsenal vs Chelsea


Arsenal vs Chelsea Highlights Pre-Season Friendly Match

Arsenal menerima kekalahan pertama dalam siri perlawanan pra musim apabila tewas 0-3 kepada Chelsa dalam perlawanan terakhir jelajah 2017.

Highlights Perlawanan

Walaupun sekadar perlawanan persahabat, namun kekalahan ini tetap perit untuk ditelan memandangkan ianya melibatkan dua pasukan 'rival' London.

Adakah Chelsea lebih bersedia?
Chelsea turun dengan formasi 3-4-3 manakala Arsenal pula turun dengan 4-2-3-1.

Chelsea starting lineup (3-4-3): Courtois | Azpilicueta, Luiz, Cahill | Moses, Kante, Fabregas, Alonso | Willian, Batshuayi, Pedro

Substitutes from: Caballero, Eduardo, Clarke-Salter, Tomori, Christensen, Kalas, Scott, Baker, Boga, Pasalic, Remy

Arsenal starting lineup (4-2-3-1): Ospina | Maitland-Niles, Mertesacker, Monreal,Bramall | Ramsey, Xhaka, | Oxlade-Chamberlain, Ozil, Iwobi | Lacazette

Substitutes from: Nelson, Malen, Willock, Martinez, Nketiah, Welbeck, Coquelin, El Neny, Bielik, Koscielny, Kolasinac

Chelsea dilihat lebih bersedia dalam perlawanan ini jika dilihat dari segi intensiti, komitmen, persediaan serta corak permainan yang ditunjukan.

Mungkin penulis silap dalam hal ini jika dibandingkan dengan Arsenal yang dilihat masih mencari keserasian dikalangan pemain (gandingan) dan mungkin juga Arsenal masih dalam kepenatan selepas mengharungi perlawanan menentang Bayern.

Mungkin juga masalah kesihatan (yang dikatakan mengalami keracunan makanan) masih belum pulih sepenuhnya.

Namun kekalahan 0-3 ini sedikit sebanyak memberikan gambaran tahap persediaan pasukan. Mungkin terlalu awal untuk menilai, namun jika dilihat kepada pasukan Chelsea, mereka mungkin berada pada keadaan yang selesa dan bagaikan bersedia menghadapi saingan liga.

Ya, memang sekadar perlawanan persahabatan, namun adalah lebih manis jika perlawanan ini memperolehi kemenangan daripada menerima kekalahan.

Jika melihat kepada kesebelasan utama yang diturunkan pada awal permainan, ye... Chelsea boleh dikatakan menurunkan skuad utama (kesebelasan utama) mereka berbanding Arsenal yang sekadar menurunkan beberapa pemain utama dan lebih memberi pendedahan kepada pemain muda.

Namun gambaran ini jelas menunjukan bahawa skuad Arsenal masih perlu bekerja keras bagi memberi saingan dalam liga nanti. Dua gol yang dihasilkan oleh penyerang kelahiran Belgium, Batshuayi dalam masa tujuh minit (minit ke-42 dan minit ke-49) membuktikan kerapuhan barisan pertahanan Arsenal yang mana sebelum itu, pintu gol Arsenal dibocori pada minit ke-40 oleh Wilian. 

Faktor atau mutu pengadil mungkin juga memainkan peranan dalam perlawanan ini yang sedikit sebanyak menjejaskan rentak serangan Arsenal, apa yang penting, keputusan akhir perlawanan.

Chelsea melakukan penukaran pemain ( 11 pemain ) pada babak kedua namun skuad Arsenal yang melakukan beberapa pertukaran masih gagal menembusi gol pihak lawan walaupun sekadar membenarkan satu gol dihasilkan pihak lawan pada babak kedua.

Mungkin dengan keputusan ini, Wenger mampu mengatasi beberapa kesilapan dan kekurangan pada skuad Arsenal bagi menghadapi Chelsea dalam perlawanan Piala Perisai Komuniti nanti yang dijadualkan pada 6 Ogos nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post