AS Monaco Mahu Arsenal Bayar Lebih


Arsenal diminta bayar £55juta jika mahukan Lemar.
Adakah ini bermakna Riyad Mahrez bakal menyertai Arsenal?

Laporan terkini mendedahkan dimana Arsenal perlu membayar £55juta jika mahu mendapatkan pemain sayap muda kelab Monaco, Thomas Lemar.

Pemain kebangsaan Perancis yang berusia 21 tahun itu dilaporkan sedia dilepaskan oleh kelabnya, AS Monaco jika menerima tawaran yang tinggi daripada Arsenal.
Monaco dikatakan meletakan nilai £55juta buat Arsenal jika mahukan Lemar.
Kredit gambar : Metro
Lemar yang dikatakan menjadi sasaran utama Wenger selepas berjaya mendapatkan Lacazette hanya bersedia untuk melaburkan sejumlah £45juta. Sebelum itu, beliau (Wenger) hanya menilai Lemar pada harga £25juta.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Express UK, tindakan AS Monaco ini mungkin memaksa Wenger untuk beralih sasaran kepada pemain sayap Leicester City, Riyad Mahrez.

AS Roma turut dilaporkan membida Mahrez.
Pihak Monaco yang khuatir mengenai kehilangan pemain-pemain muda mereka pada jendela perpindahan ini dilihat sengaja menaikan nilai (meletakkan nilai tinggi) terhadap pemain-pemain muda mereka bagi menghalang perkara ini tidak terjadi kepada mereka.

Selepas Bernardo Silva meninggalkan kelab itu dan menyertai Manchester City, Monaco bimbang jika pemain mereka iaitu Benjamin Mendy turut sama berbuat demikian dengan mengikuti rakan sepasukannya itu menyertai kelab Inggeris.

Dengan Kylian Mbappe yang katakan menjadi sasaran utama Real Madrid manakala Fabinho turut sama dikaitkan dengan perpindahan, pihak Monaco terpaksa melakukan sesuatu bagi menghalang mereka kehilangan lebih ramai pemain berharga terutamanya pemain-pemain muda mereka.

Manakala Leicester City sebelum ini turut meletakkan harga yang tinggi terhadap pemain sayap mereka yang dikatakan ingin meninggalkan pasukan itu, Riyad Mahrez.


Menurut laporan, Wenger dikatakan hanya sanggup mengeluarkan belanja sekitar £35juta atau tidak lebih daripada itu untuk mendapatkan pemain yang pernah memenangi anugerah PFA Player of the Year bagi tahun 2016.

Jadi mana satu pilihan Wenger?

Post a Comment

Previous Post Next Post