Rob Holding, 21 tahun yang menyertai Arsenal tahun lepas (22 Julai 2016) daripada kelab Bolton Wanderers dengan nilai yang tidak didedahkan oleh pihak kelab. Namun mengikut laporan media, nilai perpindahan pemain ini dilaporkan hanya pada sekitar £2 juta sahaja.
Beliau merupakan pemain ketiga yang yang dibawa masuk Wenger menyertai Arsenal musim lalu selepas (Arsenal) menandatangani Granit Xhaka dan seorang lagi pemain muda kelahiran Jepun iaitu Takuma Asano.
![]() |
Kredit gambar : Arsenal |
Beliau pada awalnya tidak diletakkan harapan tinggi dikalangan peminat dikala pengumuman pengesahan dibuat secara rasmi oleh Arsenal.
Menyertai Arsenal pada usia muda dan tidak dikenali, membuatkan peminat dan penyokong tertanya-tanya mengenai kebolehan pemain ini.
Menyertai Arsenal pada usia muda dan tidak dikenali, membuatkan peminat dan penyokong tertanya-tanya mengenai kebolehan pemain ini.
Rata-rata peminat dan penyokong melihat pembelian pemain ini lebih kepada pelaburan jangka masa panjang namun aksi kosisten dan memukau beliau pada penghujung saingan liga, membuatkan peminat serta penyokong mula meminati pemain muda ini.
Reaksi peminat dan penyokong
Saat pengumuman dibuat melalui lawan Twitter rasmi Arsenal,pelbagai reaksi dilontarkan peminat dan penyokong mengenai pemain ini. Merasakan Arsenal pada ketika lebih memerlukan seorang penyerang berbanding pemain pertahanan, ramai yang mempertikaikan kemasukan ataupun pembelian pemain ini.
— Arsenal FC (@Arsenal) July 22, 2016
Still not a fucking striker— Lüke (@ClinicalAlexis) July 22, 2016
no striker can be "too good" for a club if they go 17 games without a goal— Lüke (@ClinicalAlexis) July 22, 2016
he is so shit he is a free agent on football manager ffs @Arsenal pic.twitter.com/KJtHksphZ8— 24! (@Black_MambaO24) July 22, 2016
Pujian hanya diberikan terhadap cara bagaimana pengumuman pengenalan pemain ini dibuat ketika itu (melalui kuiz) pun begitu tidak kurang juga yang mengutuk cara pengenalan pemain ini dibuat.
Even though I'm not satisfied with the signing, this is an amazing way to announce a player. #WelcomeRob— ♛AÖ♕ (@AssistantOzil) July 22, 2016
weird way of announcing it— Olivier (@OlivierKGooner) July 22, 2016
best announcement EVER!!!!!!!— Daddy Cool (@Dr_Huey) July 22, 2016
Petikan kata-kata Ketua Executive Arsenal,Ivan Grazadis mengenai pembelian pemain ini musim lalu saat pengumuman pengenalan pemain ini dibuat:
"We're making progress in what is a fiercely competitive world, against competitors that have the capability to spend far more money than we do,"
"We're doing it by being very, very disciplined; spending money where we believe it makes a difference, but also giving young players a chance and believing in ourselves and our values."
Bolton Wanderers
Bermula dengan menyertai akademi pasukan Bolton pada 2004, beliau kemudian-nya dipinjamkan kepada kelab Bury pada tahun 2015 dan hanya membuat satu penampilan sahaja bersama kelab tersebut.
Musim 2015/16, dimana musim terakhir beliau bersama Bolton, beliauberjaya mempamerkan aksi yang kosisten dan kematangannya serta mampu bermain dengan baik pada posisi bek kanan dan tengah.
Pada musim itu, beliau berjaya beraksi dalam 26 perlawanan dan berjaya menjaringkan satu gol. Gol tersebut dijaringkan dalam perlawanan menentang MK Dons yang menyaksikan Bolton menang 3-1.
Rob Holding: Made at least 18 more interceptions (84) than any other U21 player in the Championship last season pic.twitter.com/377upgM8H5— WhoScored.com (@WhoScored) July 22, 2016
Arsenal
Beliau membuat penampilan sulungnya bersama Arsenal ketika perlawanan persahabatan pra-musim dalam perlawanan menentang pasukan MLS All-Stars di California, Julai 2016.
Bagi saingan liga pula, beliau beraksi pada tiga perlawanan pertama liga diawal musim ketika menentang Liverpool, Leicester dan Watford.
Pada perlawanan pertama liga iaitu perlawanan pembukaan liga (perlawanan pertama liga buat Arsenal) menentang Liverpool, beliau bergandingan dengan seorang lagi pemain pertahanan muda Arsenal iaitu Calum Chambers ekoran ketiadaan Laurent Koscielny, Gabriel dan juga Per Mertesacker yang mengalami kecederaan.
Wenger dalam temubual yang dijalankan selepas tamat perlawanan tersebut yang menyaksikan Arsenal tewas 3-4 kepada Liverpool mengakui kekurangan pengalaman dibarisan pertahanan menjadi salah satu punca Arsenal tewas pada perlawanan tersebut.
"We lacked experience at the back and we were physically short. Liverpool did well and we were for 15 minutes completely shocked." - Wenger.
Beliau masih beraksi untuk dua perlawanan liga seterusnya (perlawanan kedua dan ketiga liga) sebelum kehadiran ataupun kemasukan Shkodran Mustafi dan kembalinya Koscielny daripada kecederaan memaksa pemain muda ini lebih banyak memanaskan bangku simpanan bermula perlawanan keempat liga.
Namun dalam lima perlawanan terakhir liga, beliau kembali beraksi dan menyertai skuad utama serta beraksi dalam kelima-lima perlawanan tersebut.
Menariknya, lima perlawanan terakhir liga itu yang mana beliau beraksi penuh (90 minit) setiap perlawanan, Arsenal berjaya mencatatkan kemenangan kesemuanya (lima kemenangan) dan disinilah, bermulanya dimana beliau berjaya mempamerkan aksi yang menakjubkan seterusnya mendapat pujian peminat dan penyokong serta media.
Pujian Wenger
Aksi cemerlang beliau ketika bergandingan bersama Koscielny dalam perlawanan menentang Leicester mendapat pujian daripada Wenger namun Wenger sedikit kecewa kerana pihak media tidak ramai yang menyedari akan aksi cemerlang pemain ini memandangkan nilai pemain itu ketika dibeli tidaklah begitu tinggi.

"Unfortunately no one speaks about the performance of Rob Holding. You should be happy, he is English and 20 years old. I am sorry he didn't cost £55 million, so he can't be good." - Wenger.
Video Analisis Dan Permainan
Rekod penampilan
Kelab | Penampilan | Gol | Assists |
---|---|---|---|
Bolton Wanderers | 30 | 1 | 1 |
Bolton Wanderers U23 | 25 | 3 | - |
Arsenal FC | 18 | - | - |
Arsenal FC U23 | 3 | 1 | 1 |
Bury FC | 1 | - | - |
Jumlah | 77 | 5 | 2 |
Rekod penampilan beliau bersama skuad utama (sembilan perlawanan) adalah pada posisi centre-back untuk kesumua perlawanan tersebut.
Semoga karier beliau bersama Arsenal semakin menyinar dan mampu bertahan lama.
Apa kata anda mengenai pemain ini?
Semoga karier beliau bersama Arsenal semakin menyinar dan mampu bertahan lama.
Apa kata anda mengenai pemain ini?