Wenger tolak dakwaan Sanchez Mahu Tinggalkan Arsenal

Kredit Gambar : Arsenal
Berita dan cerita mengenai Alexis Sanchez yang dikaitkan dengan perpindahan 'keluar' daripada Arsenal hangat diperkatakan ketika ini.

Namun, semua itu dinafikan Wenger mengenai laporan yang mengatakan dimana Sanchez mahu meninggalkan skuad beliau.

Sanchez dikaitkan dengan kelab gergasi Jerman, Bayern Munich dan juga kelab Inggeris, Manchester City namun hingga kini hanya kelab Jerman itu sahaja yang mengeluarkan kenyataan dimana mereka tidak mampu untuk mengeluarkan belanja tinggi bagi mendapatkan pemain itu.

City pula masih berdiam diri mengenai gosip perpindahan ini walaupun dikatakan berminat untuk mendapatkan Sanchez.


Beliau (Wenger) ketika ditanya mengenai isu yang mengatakan dimana Sanchez mahu meninggalkan Arsenal menafikan laporan tersebut dan menegaskan sebagaimana jawapan beliau sebelum ini dipenghujung musim lalu dimana Sanchez tetap bersama Arsenal musim depan. 

Sanchez ketika ini tidak menyertai skuad Arsenal dalam jelajah 2017 kerana diberikan cuti rehat selepas berakhirnya Kejohanan Piala Konfederasi yang dimenangi oleh Pasukan Jerman setelah menewaskan Chile 1-0.

Kontrak Sanchez bakal berakhir pada pertengahan tahun 2018 dan Wenger masih berharap pemain ini membuat keputusan untuk kekal bersama beliau. 

"Tiada siapa tahu masa depan Sanchez ketika ini, mungkin hari ini Sanchez berada di tahun akhir bersama Arsenal namun beliau juga boleh melanjutkan kontrak dengan kami (Arsenal) pada permulaan musim atau bila-bila pada musim depan"

"Ia tidak semestinya kontrak beliau berakhir di Arsenal."

Sanchez telah bersama Arsenal selama tiga musim dan berjaya menjaringkan 24 gol dalam sangan Liga Perdana musim 2016-17.

Sumber: ESPN

Post a Comment

Previous Post Next Post