Pada 12 Julai 2011, Arsenal telah melengkapkan perpindahan pemain Ivory Coast, Gervinho dengan nilai perpindahan sekitar £10.8juta daripada kelab Lille.
Beliau membuat penampilan pertama bersama Arsenal ketika dalam aksi pra musim dimana Arsenal menentang 1. FC Köln dan berjaya menjaringkan dua gol dalam masa 15 minit pertama beliau beraksi.
Walaupun tidak lama bersama Arsenal, hanya dua musim namun aksi beliau banyak meninggalkan kenangan kepada peminat dan penyokong Arsenal.
Bersama Arsenal beliau diberikan jersi bernombor 27 yang dipakai/digunakan sebelum ini oleh rakan senegara beliau, Emmanuel Eboué.
No 27
Bersama Arsenal beliau diberikan jersi bernombor 27 yang dipakai/digunakan sebelum ini oleh rakan senegara beliau, Emmanuel Eboué.
Penampilan Pertama (vs. Newcastle)
Penampilan pertama dalam perlawanan kompetitif dan juga merupakan saingan liga adalah ketika menentang Newcastle.
Dalam perlawanan yang dijalankan pada 13 Ogos 2011 yang berkesudahan seri 0-0, beliau telah dilayangkan kad merah selepas dikatakan 'menampar' pemain Newcastle, Joey Barton. Akibatnya beliau digantung tiga perlawanan.
Insiden yang tercetus pada minit ke-76 itu menyaksikan dimana Gervinho membantah keputusan pengadil yang tidak memberikan sepakan penalti selepas beliau dijatuhkan didalam kotak penalti dan Barton secara tiba-tiba meluru kearah beliau lalu menarik jersi beliau secara ganas.
Tindakan aggresif Barton itu mengakibatkan Gervinho bertindak balas dan berlakulah kejadian tarik menarik diantara mereka sebelum campur tangan pemain-pemain lain.
Penampar 'lembut' Gervinho itu singgah dimuka Barton yang mengakibatkan pemain jatuh tersungkur dipadang.
Gol Pertama
Gervinho berjaya menjaringkan gol pertama beliau bersama Arsenal dalam penampilan kedua liga selepas berakhirnya hukuman penggantungan tiga perlawanan.
Walaupun beliau berjaya menyumbangkan satu gol, namun ianya gagal membantu Arsenal apabila tewas 4-3 kepada Blackburn Rovers 17 September 2011.
Assist Pertama
Perlawanan kelima liga beliau menentang Sunderland menyaksikan beliau berjaya menghasilkan satu 'assist' kepada Robin Van Persie ketika membantu Arsenal mencatatkan kemenangan 2-1 keatas Sunderland.
Assist pertama Gervinho kepada RVP. |
Rekod Bersama Arsenal
Arsenal | Penampilan | Gol | Asssit |
---|---|---|---|
2011–12 | 37 | 4 | 7 |
2012–13 | 26 | 7 | 5 |
Jumlah | 63 | 11 | 12 |
Dimana Beliau Sekarang
Selepas meninggalkan Arsenal, beliau kemudiannya menyertai AS Roma pada 8 Ogos 2013. Bersama Roma, beliau menghabiskan hampir tiga musim sebelum menyertai kelab China, Hebei China Fortune pada Januari 2016 (terkini).
Biodata Ringkas
Info Ringkas | |
---|---|
Nama Penuh | Gervais Lombe Yao Kouassi |
Tarikh Lahir | 27 May 1987 |
Tempat Lahir | Anyama, Ivory Coast |
Tinggi | 1.79 m |
Posisi | Forward |
Kelab | |
Pasukan Terkini | Hebei China Fortune |
No Jersi | 27 |
Peringkat Remaja | |
1998–2002 A | ASEC Mimosas |
2002–2004 | Toumodi |
2004–2005 | Beveren |
Peringkat Senior | |
Tahun | Penampilan / Gol |
2005–2007 : Beveren | 61 penampilan, 14 gol |
2007–2009 : Le Mans | 59 penampilan, 8 gol |
2009–2011 : Lille | 67 penampilan, 28 gol |
2011–2013 : Arsenal | 63 penampilan, 11 gol |
2013–2016 : Roma | 71 penampilan, 17 gol |
2016– Terkini :Hebei China Fortune | 18 penampilan, 3 gol |
Peringkat Kebangsaan | |
Ivory Coast U23 | 4 penampilan, 1 gol |
2007– Ivory Coast | 80 penampilan. 22 gol |
Video Koleksi Gol Gervinho Bersama Arsenal