Adakah kemasukan Alexandre Lacazette bakal mempengaruhi bintang Arsenal seperti Alexis Sanchez untuk kekal bersama kelab ini?

Bekas pemain Arsenal yang pernah menyarung jersi pasukan ini pada tahun 1987 sehingga tahun 2000, Nigel Winterburn menyuarakan pendapat beliau mengenai kemasukan Lacazette ketika dihubungi oleh Sky Sports News HQ.

Nigel Winterburn bersama Arsenal dari tahun 1987-2000.
Beliau kini bertugas menjadi pundit bersama BT Sport, meluahkan pandangan beliau dimana dengan kemasukkan pemain itu (Lacazette) ianya mampu mengubah pendirian Sanchez untuk kekal bersama Arsenal.

Lacazette yang dilaporkan telah selesai menjalani ujian kesihatan dikatakan bakal menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Arsenal dengan nilai perpindahan mencecah £52 juta disamping gaji mingguan berjumlah £200,000.00.

Sanchez masih belum memutuskan masa depan beliau bersama kelab ini walaupun ditawarkan kontrak baru dan Winterburn percaya adalah penting bagi Wenger untuk mengekalkan pemain tersebut.

Masa depan Sanchez yang masih menjadi tanda tanya bersama Arsenal
Winterburn dalam temurah beliau bersama Sky Sports News HQ percaya dimana Arsenal perlu menguatkan serta mengukuhkan bahagian serangan pasukan serta mengharapkan Wenger mampu mengekalkan Giroud yang masih mampu memberikan sumbangan terhadap pasukan.

Namun beliau tidak mengharapkan dengan kemasukan Lacazette kemudian -nya Sanchez meninggalkan Arsenal sebaliknya beliau berharap kemasukan bekas pemain kelab Lyon ini mampu mengubah pendirian Sanchez untuk kekal dan menerima tawaran kontrak baru bagi mengekalkan pemain itu bersama Arsenal.

"I hope the Lacazette deal leaves [Sanchez] at the club. He can play on the left, up front or in the hole." 

Post a Comment

Previous Post Next Post