Thomas Lemar beri pentunjuk tinggalkan Monaco.


Thomas Lemar, mungkin kita semua sudah 'lemas' dengan gosip dan transfer rumors yang mengaitkan pemain ini menyertai Arsenal musim depan.

Terbaru laporan mengatakan dimana beliau memberi sedikit 'hint' atau tanda-tanda bakal meninggalkan skuad AS Monaco musim depan setelah peminat Arsenal bertemu dengan beliau di Switzerland.

Pemain antarabangsa Perancis itu yang berada Switzerland bersama skuad Monaco dalam siri persiapan pra musim  dilihat gembira ketika bergambar bersama penyokong Arsenal.

Kesempatan itu digunakan oleh penyokong tersebut untuk menanyakan soalan yang kita juga pasti akan bertanyakan soalan yang sama kepada beliau.

"Benarkah awak akan sertai Arsenal nanti?" 

Lebih kurang macam tu lah soalan dia.

Ekoran posting beliau itu dilaman Twitter seterusnya mencetuskan spekulasi bahawa pemain 21 tahun Monaco tersebut dikatakan berminat untuk menyertai Arsenal.

Pertanyaan penyokong tersebut walaupun dibalas Lemar dengan senyuman namun menurut penyokong tersebut, itu memberikan gambaran jelas dimana beliau bakal bersama Arsenal musim depan.


Berikut adalah tulisan penyokong yang begitu oportunis mengenai Lemar bakal menyertai Arsenal dilaman twiter.

“OMG! I met Thomas Lemar in Saillon, Switzerland,” 
“He seemed really happy taking photos with me. Definitely Arsenal bound!”
“I asked him if he is joining Arsenal, he gave me a smile and walked away."

“I’m positive he will sign after Monaco’s trip to Switzerland!”
Arsene Wenger minggu lalu mengakui bahawa Lemar telah berjaya menarik minat beliau namun hingga ke hari ini, masih belum terdapat sebarang berita yang benar-benar kukuh mengenai dakwaan beliau untuk menandatangani pemain ini.

"Itu semua adalah spekulasi pada buat masa ini, tidak ada yang benar-benar konkrit mengenai sebarang tawaran ataupun cubaan untuk menandatangani pemain itu," jelas Wenger pada sidang akhbar ketika kelab itu berada di Sydney dalam siri jelajah 2017.

Tambah beliau lagi,

"Saya terbuka untuk mendapatkan lebih banyak pemain, namun ianya tidak mudah untuk mencari pemain yang dapat menguatkan skuad kami, kerana kami mempunyai pemain yang berkualiti tinggi"

"Terdapat dua cara untuk memperbaiki dan meningkat mutu iaitu dengan menganalisis apa yang kami lakukan musim lalu. Memperbaiki kelemahan kami musim lalu dan kemudian-nya barulah boleh membawa pemain baru menyertai kami."

"Namun buat masa ini kami berada di pra-musim, sangat penting bagi kami untuk menganalisis dengan baik apa yang berlaku musim lalu dan memperbaiki kekurangan kami".

Adakah kita bakal menerima Lemar musim depan? Persoalan yang masih belum terjawab sehingga kini walaupun sudah terlalu banyak rumors mengenai pemain ini dikaitkan dengan Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post