Thomas Lemar dilaporkan bakal sertai Arsenal.


Laporan daripada penulis bebas, Emanuele Giulianelli yang menulis pada laman Tribalfootball menyatakan dimana Arsenal dan Monaco telah mencapai persetujuan bersama dalam urusan pembelian Thomas Lemar.

Beliau turut memuat naik status berkenaan dilaman sosial Twitter beliau dengan menyatakan dimana urusan tersebut telah pun selesai.
Mungkin berita ini menggembirakan dan mungkin juga berita melalui sumber ini (tidak boleh dipercayai) dan akhirnya membuatkan peminat dan penyokong kembali hampa serta kecewa.


Wenger yang dikatakan tidak berminat untuk membawa Mbappe setelah mengeluarkan kenyataan dimana tiada bidaan (tawaran) dibuat terhadap pemain itu (Mbappe), kini dikatakan beralih kepada seorang lagi pemain kelab itu, Thomas Lemar.



Menurut laporan yang dikeluarkan oleh laman Tribalfootball itu, segala urusan perpindahan telah pun selesai termasuklah pemeriksaan kesihatan dan gambar official. Namun segala pengumuman terpaksa ditangguhkan sehingga pihak Monaco menjumpai pengganti kepada Lemar dalam skuad mereka.

Nilai perpindahan dianggarkan berjumlah sekitar £48juta dan pengumuman rasmi dijangka dibuat oleh Arsenal selepas berakhirnya jelajah 2017.


Sumber dan Laporan Lain

Lemar kini tumpuan dan sasaran Arsenal - ESPN
Walaupun, kemasukan pemain sayap itu boleh menyebabkan Arsenal bakal kehilangan Alexis Sanchez.

Laporan The Telegraph pula mengatakan dimana Arsene Wenger mula mengambil langkah berjaga-jaga berikutan masa depan dua pemain utama Arsenal iaitu Sanchez atau Olivier Giroud bakal meninggalkan pasukan dengan peluang mendapatan Lemar masih samar setelah dua kali (tawaran) ditolak oleh Monaco.

Bagaimanapun, beliau yakin bahawa Mesut Ozil dan Alex Oxlade-Chamberlain gembira berada dikelab walaupun memasuki tahun akhir kontrak mereka.

Post a Comment

Previous Post Next Post