£32 juta untuk Julian Draxle


Susulan laporan daripada akhbar Perancis pada Khamis lalu yang melaporkan bahawa Paris Saint Germain (PSG) sanggup melepaskan pemain mereka, Julian Draxle untuk menyertai mana-mana pasukan pada jendela perpindahan ini.

Arsenal sekali lagi dikaitkan dengan bintang bolasepak Jerman itu yang mana dilaporkan Wenger telah memerhati perkembangan Draxle semenjak empat tahun lalu.

Rumors mengenai pemain itu mula diperkatakan setelah PSG berjaya membawa Neymar menyertai mereka dan dipercayai bakal membawa masuk pemain muda sensasi ketika ini, Kylian Mbappe dari Monaco.



Selain Arsenal, Liverpool dan Barcelona juga turut dikaitkan dengan pemain ini. Namun wakil pemain tersebut, Roger Witterman telah menafikan isu pelepasan yang diberikan oleh PSG kepada pemain tersebut.

Beliau (Witterman) turut menambah dimana Draxler akan kekal dan tidak akan dijual pada kepada mana-mana kelab pada jendela perpindahan ini sambil menegaskan dimana PSG kini sedang membina pasukan yang mantap dan bakal digeruni diseluruh dunia.

Gol menarik daripada Julian Draxle

Laporan terdahulu menyebut dimana pemain itu tidak lagi diperlukan oleh PSG memandangkan posisi tersebut kini bakal diisi oleh Neymar dan beliau bebas untuk menyertai mana-mana pasukan serta PSG sedia untuk melepaskan beliau dengan harga yang dibeli dahulu, £32 juta.

Pun begitu, menurut wakil Draxler, pemain itu masih dalam perancangan PSG dan tidak akan dilepaskan pada musim ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post