Menjelang pertembungan Stoke City - Arsenal awal pagi esok, jam 12.30 pagi.
Rekod kemenangan Arsenal bermain di Britannia tidaklah begitu baik untuk 10 perlawanan terakhir di tempat lawan itu dengan hanya berjaya mencatat dua kemenangan dan tiga seri selain lima kekalahan.
Tarikh | Stadium Britannia | Status | Keputusan | Saingan |
---|---|---|---|---|
01 Nov 2008 | Stoke City v Arsenal | K | 2-1 | Premier League |
24 Jan 2010 | Stoke City v Arsenal | K | 3-1 | FA Cup |
27 Feb 2010 | Stoke City v Arsenal | M | 1-3 | Premier League |
08 May 2011 | Stoke City v Arsenal | K | 3-1 | Premier League |
28 Apr 2012 | Stoke City v Arsenal | S | 1-1 | Premier League |
26 Aug 2012 | Stoke City v Arsenal | S | 0-0 | Premier League |
01 Mar 2014 | Stoke City v Arsenal | K | 1-0 | Premier League |
06 Dec 2014 | Stoke City v Arsenal | K | 3-2 | Premier League |
17 Jan 2016 | Stoke City v Arsenal | S | 0-0 | Premier League |
13 May 2017 | Stoke City v Arsenal | M | 1-4 | Premier League |
M = Menang, S = Seri, K = Kalah
Stoke musim ini dalam perlawanan pertama liga musim 2017/18 tewas kepada Everton ditempat lawan dengan keputusan 1-0.
Dari segi statistik perlawanan mereka dengan kedua-dua pasukan menggunakan formasi yang sama iaitu 3-4-2-1, penguasaan perlawanan lebih berpihak kepada Everton.
Namun dari segi serangan, boleh dikatakan ianya setara dengan kedua-dua pasukan berjaya melakukan sembilan percubaan kearah pintu gol.
Fletcher, seorang pemain yang cukup berpengalaman serta mampu memimpin skuad Stoke musim ini.
Zouma, beraksi pada barisan pertahanan mempunyai fizikal yang besar sudah semestinya mempunyai kekuatan fizikal dan keupayaan beliau itu mampu menghalang gerakan dan serangan pihak lawan.
Namun pada perlawanan menentang Everton, jelas peranan yang ditunjukan oleh Fletcher sangat berkesan dalam mengawal dan mengemudi barisan tengah Stoke.
Dari segi statistik perlawanan mereka dengan kedua-dua pasukan menggunakan formasi yang sama iaitu 3-4-2-1, penguasaan perlawanan lebih berpihak kepada Everton.
Namun dari segi serangan, boleh dikatakan ianya setara dengan kedua-dua pasukan berjaya melakukan sembilan percubaan kearah pintu gol.
Statistik perlawanan Everton vs Stoke. |
Statistik serangan Everton vs Stoke |
Formasi dan rating pemain Stoke (vs Everton). |
Kekuatan
Kekuatan Stoke musim ini bergantung kepada pemain yang baru dibawa masuk dari West Bromwich Albion, Darren Fletcher dan juga Kurt Zouma yang dipinjamkan dari Chelsea.Fletcher, seorang pemain yang cukup berpengalaman serta mampu memimpin skuad Stoke musim ini.
Darren Fletcher berusia 33 tahun dibawa masuk menyertai Stoke musim ini. |
Zouma memiliki kelebihan fizikal yang mampu menghalang gerakan pihak lawan. |
Kelemahan
Mengambil kira perlawanan pertama, Stoke boleh dikatakan bermasalah dalam serangan mereka. Dengan hanya mampu melakukan satu percubaan tepat daripada sembilan percubaan pada perlawanan itu.Dan serangan ataupun percubaan Stoke lebih banyak dilakukan dari luar kotak penalti.
Statistik serangan Stoke dan Arsenal jika dibandingkan dengan pasukan yang mencatakan jaringan terbanyak pada musim lalu 2016/17, Tottenham.
Attack | Stoke | Arsenal | Tottenham |
---|---|---|---|
Goals | 41 | 77 | 86 |
Goals Per Match | 1.08 | 2.03 | 2.26 |
Shots | 425 | 566 | 669 |
Shots On Target | 137 | 201 | 257 |
Shooting Accuracy | 32% | 36% | 38% |
Penalties Scored | 4 | 4 | 7 |
Big Chances Created | 46 | 55 | 53 |
Hit Woodwork | 14 | 17 | 22 |
Pemain 'Key Man'
Jack Butland, penjaga gol Stoke ini dilihat mampu menjadi kunci kejayaan Stoke musim ini dengan peningkatan prestasi beliau serta ditambah dengan kehadiran barisan pertahanan yang dibarisi oleh Kurt Zouma, Ryan Shawcross dan Geoff Cameron.Penjaga gol muda England yang semakin meningkat naik. |
Pemain Baru ( Transfer In)
Bulan/Tahun | Warganegara | Nama Pemain | Posisi | Dari Kelab |
---|---|---|---|---|
08/17
|
Spain | Jesé | FW | Paris Saint-Germain |
07/17
|
France | Kurt Zouma | DF | Chelsea FC |
07/17
|
England | Josh Tymon | DF | Hull City |
07/17
|
Scotland | Darren Fletcher | MF | West Bromwich Albion |
Stoke setakat ini hanya membawa tiga pemain baru yang mempunyai pengalaman dalam saingan Liga Perdana iaitu Darren Fletcher daripada West Bromwich Albion, Kurt Zouma dipinjamkan daripada Chelsea dan juga pemain pertahanan kiri Hull City,Josh Tymon.
Namun tiga hari yang lalu, Stoke berjaya mendapatkan penyerang Paris Saint-Germain kelahiran Sepanyol, Jese yang bermain bersama Las Palmas (Sepanyol) musim lalu secara pinjaman.
Dan Jese menyertai Stoke juga secara pinjaman bagi musim ini.
Jese baru menyertai Stoke 3 hari lalu. |
Pemain Keluar (Transfers Out)
Bulan / Tahun | Warganegara | Nama Pemain | Posisi | Ke kelab |
---|---|---|---|---|
08/17 | Spain | Joselu | FW | Newcastle United |
08/17 | Spain | Muniesa | DF | Girona FC |
07/17 | Scotland | Phil Bardsley | DF | Burnley FC |
07/17 | Austria | Marko Arnautović | FW | West Ham United |
07/17 | Ireland | Glenn Whelan | MF | Aston Villa |
06/17 | Austria | Daniel Bachmann | GK | Watford FC |
06/17 | Ivory Coast | Wilfried Bony | FW | Manchester City |
06/17 | Netherlands | Bruno Martins Indi | DF | FC Porto |
06/17 | Ireland | Jon Walters | FW | Burnley FC |
Mark Hughes kehilangan beberapa pemain utama beliau musim lalu terutama Marko Arnautovic yang menyertai West Ham dan Glenn Whelan yang menyertai Aston Villa.
Ramalan MyGooners
Stoke City 0-2 Arsenal