5 Sebab mengapa Arsenal dan Stoke saling membenci

Permusuhan Arsenal dengan Stoke City bukanlah dikira satu permusuhan tradisi sebagaimana Arsenal dengan Tottenham mahupun pasukan lain seperti Chelsea, Fulham dan West Ham United.



Pun begitu, menentang Stoke City, Arsenal mempunyai alasan tersendiri mengapa setiap kali perlawanan menemukan lawan itu menjadikan perlawanan akan 'dikuasai' dengan kebencian.

Terdapat lima sebab (alasan) mengapa Arsenal dan Stoke saling membenci antara satu sama lain.

1.Stoke kembali ke liga perdana dan menewaskan Arsenal 2-1

Pada tahun 2008, Stoke telah dinaikkan (promoted) menyertai Liga Perdana Inggeris dan mereka berjaya mengalahkan Arsenal 2-1 dilaman mereka, Stadium Britannia pada aksi saingan liga dibulan November.

Dan perlawanan ini disifatkan Wenger sebagai perlawanan yang penuh dengan kekasaran dimana terlalu banyak terjahan keras diterima oleh Arsenal.

Arsene Wenger kemudiannya mengkritik perlawanan ini dan gaya permainan kasar yang dipamerkan Stoke dalam temurahah selepas berakhirnya perlawanan tersebut.

The only intention is to hurt you and I can show some tackles where I can prove what I say,” 

Selain Arsenal gagal beraksi dengan cemerlang (sebagaimana kebiasaannya), kekalahan kepada Stoke ini juga merupakan satu kekecewaan yang amat menyakitkan, lebih-lebih lagi Robin van Persie dilayangkan kad merah (dibuang padang) pada minit ke-76.

2. Shawcross patahkan kaki Ramsey

Insiden ini berlaku pada tahun 2010, dimana terjahan keras daripada Ryan Shawcross menyebabkan kaki Ramsey patah.

Wenger menyifatkan terjahan  Shawcross itu sangat menggerikan dan berbahaya sejurus tamat perlawanan tersebut .

Terjahan keras Shawcross itu juga dianggap telalu 'kejam' keatas Ramsey sehinggakan tidak ramai yang menyakini bahawa Ramsey mampu pulih dan bermain seperti biasa.

Dan peminat-peminat Arsenal tidak pernah memaafkan tindakan pemain Stoke itu begitu juga Ramsey yang tidak menerima permohonan maaf daripada Shawcross.

Malahan Arsene Wenger sindiri dilaporkan tidak dapat memaafkan Shawcross diatas tindakan pemain itu terhadap Ramsey.

Arsene Wenger said yesterday that only Aaron Ramsey could forgive Ryan Shawcross for the tackle that broke two bones in the Arsenal midfielder's right leg in February – but that the Stoke City defender will not need a bodyguard tomorrow when he plays at the Emirates for the first time since the incident. - Independent, 17 Disember 2010.

Ekoran itu, penyokong Stoke terus membenci Ramsey dan di 'boo' setiap kali Ramsey bermain menentang mereka.




3. Swing Low, Sweet Chariot

Apabila Wenger membandingkan Stoke dengan pasukan ragbi pada 2010, penyokong Stoke mula menggunakan alasan tersebut setiap kali pertembungan diantara kedua-dua pasukan ini. 

Wenger ketika itu mengkritik corak permain Stoke yang dianggap lebih bermain ragbi berbanding bolasepak dalam satu temubual apabila diminta mengulas perlawanan Stoke menentang Spurs.

Kritikan Wenger ditujukan kepada Shawcross dan Robert Huth yang mana tindakan mereka berdua itu dianggap begitu kasar terhadap penjaga gol Spurs, Heurelho Gomes.

"Ini bukan bolasepak lagi, ini adalah ragbi"

Pengurus Stoke pada masa itu, Tony Pulis membidas kritikan Wenger terhadap Shawcross yang dianggap beliau tidak adil.

Semenjak daripada itu, setiap kali pertembungan Arsenal menentang Stoke, penyokong Stoke (Potters) akan menyanyikan lagu ragbi, 'Swing Low, Sweet Chariot' atau dengan 'chanting' '1-0 kepada pasukan ragbi'.

4. Wenger menjadi musuh utama penyokong Stoke

Kemuncak kebencian penyokong Stoke terhadap Wenger adalah pada tahun 2012, dimana mereka (penyokong Stoke) mula mengejek Wenger apabila berkunjung ke Stadium Britannia atau kini dikenali Stadium bet365.

Bukan sahaja ejekkan, malahan mereka turut meniru gaya pergerakan Wenger disamping jeritan makian terhadap pengurus Arsenal itu.

5. Mark Hughes

Permusuhan Arsenal - Stoke tidak berakhir walaupun Hughes mengambil alih Stoke City pada tahun 2014.

Wenger sekali mengkritik cara permainan Stoke City yang dianggap masih 'ganas' selepas pasukan beliau tewas 2-3 kepada Stoke.

Dan Hughes memberi respon berikut:

Stick your fingers in your ear if you don’t want to hear it. As an experienced manager, it shouldn’t affect you too much anyway.”

Namun menjelang pertembungan musim ini (2017/18) diantara Arsenal dan Stoke City yang mana menampilkan pengurus baru Stoke City, Paul Lambert yang menyertai mereka daripada Wolverhampton Wanderers selepas mereka memecat Mark Hughes, sudah pasti tetap menghadirkan perasaan benci diantara kedua-dua pasukan ini (terutamanya penyokong).

Menarik untuk disaksikan, adakah Lambert bakal menerapkan gaya keras (kekasaran) yang cukup sinonim dengan Stoke City selama ini apabila menentang Arsenal.

Paul Lambert menyertai Stoke pada 15 Januari 2018.
Perlawanan pertama musim ini (19 Ogos 2017) menyaksikan Arsenal tewas 1-0 kepada Stoke.

Post a Comment

Previous Post Next Post