Mark Hughes bagi amaran kepada Wenger


Pengurus Stoke City, Mark Hughes beri amaran kepada Wenger agar bersedia dengan suasana penuh 'permusuhan' di Stadium Britannia atau kini dikenali dengan Stadium bet365.

Arsenal bakal berkunjung ke Stadium bet365 bagi menghadapi Stoke dalam perlawanan kedua liga.

Dan kedatangan Arsenal serta Wenger tidak begitu digemari oleh penyokong Stoke yang menganggap Wenger adalah musuh utama mereka gara-gara kritikan Wenger yang menyifatkan pasukan bolasepak Stoke umpama pasukan ragbi.



Kritikan Wenger itu jelas tidak disenangi oleh penyokong Stoke dan malam ini dianggarkan kehadiran mereka bakal meningkat setelah kapasiti stadium itu dipertingkatkan tahun lalu.

Sebelum ini stadium tersebut hanya memuatkan kira-kira 27,500 penonton dan dengan kerja-kerja penambahan kapasiti itu telah pun disiapkan sebelum bermulanya kempen musim ini, dianggarkan perlawanan malam ini bakal dipenuhi dengan kapasiti maksimum stadium itu iaitu 30,000 penonton.

 Stadium bet365 kini mempunyai kapasiti tambahan 2,500 tempat duduk.
Dengan penambahan ini, pengurus Stoke itu sendiri mengakui dimana kedatangan Wenger sememangnya tidak digemari oleh penyokong pasukan beliau.

Hughes turut mengakui dimana kritikan Wenger yang menyifatkan pasukan beliau itu mengamalkan permainan 'ragbi' berbanding bolasepak serta dianggap tidak bercita-cita dalam membangunkan kelab menimbulkan kemarahan dan kebencian penyokong terhadap Wenger.

“We just feel people are taking, maybe, a few cheap shots at the club and what we do. And at the owners, at me and the players and it all builds up." - Mark Hughes .

Kritikan yang diterima oleh Stoke itu dianggap tidak adil oleh pengendali itu dan sememang beliau turut tidak menyukai apa yang didengar mengenai cerita buruk dan kritikan tersebut.

Wenger - Public Enemy No1 bagi penyokong Stoke
Menurut Huges lagi, penyokong pasukan beliau bersatu dalam hal ini dan sudah pasti akan bertindak balas terhadap mereka yang mengkritik pasukan ini. 

Dan menurut beliau lagi penyokong sentiasa berada bersama pasukan, dari awal sehingga ke akhir dan tiada tempat yang menggerunkan bagi mereka.

Situasi ini menyebabkan beliau memberi amaran kepada Wenger yang kedatangan beliau tidak dialu-alukan disini serta bakal disambut dengan kata-kata makian daripada penyokong Stoke.

Post a Comment

Previous Post Next Post