Adakah Arsenal Setuju Terima Tawaran £70juta Dari City


Manchester City dilaporkan sedia untuk membuat tawaran berjumlah £70 juta untuk mendapatkan Alexis Sanchez.

Laporan yang dikeluaran oleh Mirror, jelas mengatakan dimana pengendali City, Pep Guardiola dan juga pemilik kelab itu akan memastikan perpindahan Sanchez menyertai mereka sebelum jendela perpindahan ditutup dilakukan.

Dipercayai, tawaran £70juta  bakal disediakan bagi memujuk Arsenal melepaskan pemain kebangsaan Chile tu.
Rundingan Wenger bersama Sanchez ketika ini masih diteruskan walaupun tiada perkembangan positif dicapai diantara mereka berdua.



Difahamkan Wenger sedia menawarkan £300,000 seminggu kepada pemain itu berbanding permintaan £400,000 seminggu yang dipinta Sanchez.

City yakin mereka berjaya dapatkan Sanchez sebelum jendela perpindahan ditutup.

City dilaporkan menjadi pilihan utama Sanchez
Dengan Paris St Germain juga dilaporkan berminat mendapatkan pemain ini namun menurut wakil Sanchez, City merupakan pilihan pertama pemain itu untuk berpindah musim ini.

Guardiola percaya penambahan Sanchez akan memberikan City kekuatan pada bahagian serangan pasukan beliau yang bakal bersaing dalam kejohanan UCL.

Guardiola yakin kemasukan Sanchez berjaya menjadikan jentera serangan City semakin berbisa.
City ketika ini memiliki Gabriel Jesus dan Sergio Aguero pada jentera serangan dan kemasukan Sanchez memberikan harapan kepada beliau untuk menjuarai Liga Juara-Juara Eropah yang menjadi sasaran beliau musim ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post