Adakah Ozil pemalas dan satu bebanan buat Arsenal?


Kebelakangan ini, Ozil sering kali dikritik dan dikatakan pemalas serta merupakan satu bebanan buat Arsenal.

Terbaru pada perlawanan menentang Stoke dimana pengulas-pengulas turut mengutuk persembahan beliau bahkan ada sebahagian penyokong yang turut bersetuju dengan pendapat pengulas mahupun pundit ini.

Ozil dikatakan pemalas dan menjadi satu bebanan buat Arsenal???!!! 😠 😠 😠 😠

Mesut Ozil ‘needs to have a good look at himself’, Arsenal carried him v Stoke - Keown : - Express UK


Untuk sebab-sebab tertentu selepas permainan itu pakar-pakar bolasepak memutuskan untuk mengkritik prestasi Ozil dan bukannya Welbeck, pemain terlepas beberapa peluang untuk menjaringkan gol.

Welbeck gagal menyempurnakan beberapa peluang terhidang ketika menentang Stoke
Ataupun Xhaka yang banyak kali melakukan kesilapan dalam membuat hantaran bola dan juga kesilapan beliau dalam melakukan keputusan yang menjadi penyebab gol buat Stoke.

Terlalu banyak kesilapan hantaran Xhaka lakukan.
Begitu juga Chamberlain yang banyak melakukan hantaran demi hantaran yang gagal menunjuk kebijaksaan dalam permainan bolasepak - zero intelligence football walaupun berjaya menghasilkan tiga peluang menjaringkan gol berbanding Ozil empat.

Namun kenapa Ozil yang dikritik?

“Arsenal can’t afford to carry someone like Ozil," - Keown

Pemain ini telah mencipta empat peluang untuk menjaringkan gol malahan boleh dikatakan beliau yang berusaha menggerakkan jentera serangan Arsenal secara keseluruhan pada perlawanan itu tetap dikritik dan dipersalahkan.

Ianya amat menghairankan bagaimana pakar-pakar bolasepak ini boleh mengutuk dan mengkritik Ozil, tidak kiralah bagaimana beliau bermain, lebih-lebih lagi apabila Arsenal mengalami kekalahan. 

Penulis boleh memberi jaminan bahawa Ozil lah mangsa kritikan dan dijadikan 'kambing hitam' setiap kali Arsenal mengalami kekalahan.

Ozil pemalas. Ozil merupakan satu bebanan kepada pasukan Arsenal. WTF!

Jika Ozil dikatakan satu bebanan, bagaimana pula dengan Welbeck? Bagaimana dengan Ramsey? Bagaimana dengan Cech? Bagaimana dengan Monreal? Bagaimana dengan  Theo Walcott?

Bagaimana seorang pemain yang menghasilkan 40 gol dan bantuan (digabungkan) untuk tempoh dua musim lalu dikatakan satu bebanan buat Arsenal?

200 peluang menjaringkan gol dicipta beliau untuk tempoh dua musim lalu namun tetap dianggap satu bebanan buat Arsenal?

Mungkin betul beliau merupakan satu bebanan hanya kerana beliau lambat turun, lambat berlari ke belakang...lambat membantu bahagian pertahanan.

Steven Gerrard & Martin Keown Slam Mesut Ozil 'He Needs To Take A Good Look At Himself!'


Mungkin benar apa yang diperkatakan oleh pakar-pakar ini, namun adalah tidak adil untuk mempersalahkan hanya Ozil seorang. Bagaimana dengan pemain lain yang tidak mempamerkan aksi dan persembahan yang menarik.

Kenapa tidak mempersoalkan pemain yang gagal menyempurnakan peluang yang dihasilkan Ozil?

Post a Comment

Previous Post Next Post