Adakah benar ramalan Wenger mengenai nilai perpindahan dan gaji yang dituntut pemain


Adakah benar ramalan Wenger mengenai nilai perpindahan dan gaji yang dituntut pemain semakin tinggi bakal menjadi perkara biasa pada satu hari nanti?

Arsene Wenger sebelum ini mendedahkan dimana isu kontrak Ozil dan Sanchez yang masih menemui jalan buntu dikatakan berpunca daripada permintaan gaji yang tinggi daripada pemain-pemain tersebut.

Bukan sahaja pemain Arsenal, malahan boleh dikatakan hampir semua pemain-pemain ternama melakukan perkara yang sama dengan menuntut kenaikan gaji yang tinggi pada tahun terakhir kontrak mereka bersama kelab.

Ditambah pula dengan 'kegilaan' pasukan yang menawarkan (bidaan) yang tinggi untuk mendapatkan sesetengah pemain yang dianggap Wenger melebihi nilai sepatutnya.

Kelab kaya ➠ tawar belian dengan harga melampau ➠ offer gaji melampau (pujuk pemain sertai mereka) ➠ mewujudkan sikap pemain yang lebih 'demanding'. - MyGooners

Rekod perpindahan ataupun pembelian termahal yang dicatatkan sehingga April 2017 (tanpa mengambil kira perpindahan Neymar).

Kredit info grafik : BT Sports
Manakala rekod pembayaran atau penerima gaji tertinggi mengikut rekod yang dicatatkan sehingga Februari 2017 adalah seperti berikut:

Kredit info grafik : The Sun
Adakah Wenger benar mengenai kos perpindahan dan gaji pemain ketika ini semakin meningkat dan bakal menjadi perkara biasa suatu hari nanti?



Mengikut logik akal, sudah tentu kita juga mahukan kenaikan gaji setiap tahun dan ini sememangnya tidak mampu disangkal lagi.

Begitu juga dalam situasi pemain bola, kenaikan juga adalah penting. Namun apa yang dikatakan Wenger disini adalah kenaikan gaji yang melampau.

Sebagai contoh: 
Ozil dikatakan meminta gaji sebanyak £290,000 seminggu untuk beliau menyambung kontrak baru. Beliau sebelum itu menerima gaji berjumlah £140,000 seminggu.
Kenaikan yang dipinta melebihi 100%.

Begitu juga Sanchez, dimana beliau ketika ini menerima gaji berjumlah hampir sama dengan Ozil sekitar £130,000 seminggu dan beliau meminta gaji baru berjumlah  £400,000 seminggu.
Kenaikan yang dipinta melebihi 200%.

Mengikut tafsiran Wenger, pemain bolasepak diibaratkan sebagai pekerja yang memiliki kontrak bersama syarikat. Dan jika syarikat ataupun majikan tidak mampu membayar apa yang diminta oleh pekerja dan begitu juga dengan pekerja yang tidak bersetuju dengan apa yang ditawarkan oleh majikan, apa lagi yang syarikat boleh lakukan?

Anda semua boleh fikirkan sendiri apakah tindakan yang selanjut boleh dilakukan pemain tersebut jika anda berada pada situasi pemain itu.

Pihak syarikat (dalam hal ini kelab) mempunyai peruntukan tersendiri dalam menguruskan sesebuah organisasi dan seorang majikan haruslah bijak menguruskan soal kewangan dan juga kestabilan organisasi tersebut.

Erti kata lain, keharmonian sesebuah kelab haruslah dijaga dan peranan majikan haruslah melaksanakan atau menguruskan organisasi tersebut mengikut peruntukan yang diberikan atau diluluskan.

Berbalik kepada tajuk, 13 Ogos tahun lalu... Wenger telah meramalkan dimana perpindahan pemain bakal mencecah £200 juta akan terjadi ekoran perpindahan Pogba ke Manchester United hampir mencecah £100 juta.


Dan hari ini, PSG membuktikan ramalan Wenger itu menjadi kenyataan dengan pasukan itu melakukan pembelian Neymar daripada Barcelona dengan nilai £200 juta.


Paris St-Germain have signed Brazil forward Neymar for a world record fee of 222m euros (£200m) from Barcelona. - BBC

Perpindahan Neymar ke PSG juga menyaksikan dimana pemain tersebut menerima kenaikan gaji yang lebih tinggi daripada apa yang diterima beliau ketika di Barcelona.

Dilaporkan dimana beliau menerima gaji berjumlah £515,000 seminggu (selepas cukai) dengan kontrak selama lima tahun bersama PSG berbanding cuma £289,000 seminggu bersama Barcelona.

“Because the transfers are so high, you will see more and more players going into the final year of the contract because no club will want to pay the amount ­demanded. I’m convinced, in the next 10 years, it will become usual.” - Wenger

Situasi ini mungkin tidak menyenangkan bagi peminat lama, yang menyoalkan tentang keadilan dan kesetiaan, namun dalam situasi ini dimana wang menguasai bolasepak dan logiknya mengatasai segala-galanya.

Video ulasan Wenger berhubung perpindahan Neymar.

Berikutan perpindahan Neymar ini, Wenger menyifatkan tindakan PSG itu telah mengubah landskap bolasepak semasa berbanding 15 tahun yang lalu.

'Once a country owns a club, everything is possible.

'It becomes very difficult to respect the financial fair play. Now you can have different ways or different interests which allow a club to represent a country and attract such a big player to come to them.

'That's why I always supported football living with its own resources"

Post a Comment

Previous Post Next Post