Arsenal tawar kontrak baru kepada Chamberlain


Arsenal dilaporkan telah menawarkan kontrak baru kepada Alex Oxlade-Chamberlain.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Daily Star,  Alex Oxlade-Chamberlain telah ditawarkan kontrak baru oleh Arsenal untuk tempoh empat tahun dengan nilai gaji sebanyak £ 125,000 seminggu.

Tindakan ini dikatakan bertujuan untuk menghalang Chelsea daripada terus berusaha menarik minat pemain ini menyertai mereka.



Antonio Conte sebelum dilaporkan mensasarkan Chamberlain sebagai pilihan utama beliau dalam memperkuatkan lagi skuad kendalian beliau dengan dilaporkan telah melakukan tawaran sebanyak £35juta.

Chamberlain antara pemain Arsenal yang berada ditahun terakhir kontrak bersama Arsenal sebelum ini dilaporkan telah menolak tawaran kontrak baru yang buat Arsenal berjumlah sekitar £100,000 seminggu.

Bagaimanapun kali ini, Arsenal yakin bahawa mereka mampu menyakinkan pemain tersebut untuk menerima tawaran terbaru ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post