Dua gol masing-masing dijaringkan oleh Reiss Nelson dan Eddie Nketiah memastikan kemenangan 4-3 skuad U23 Arsenal ke atas U23 Manchester City awal pagi tadi.
Bagaimanapun kedua-dua pasukan terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Jack Wilshere (Arsenal) dan Tyreke Wilson (Man.City) dibuang padang.
Insiden berlaku apabila Wilshere diterjah keras pada minit ke-62 oleh pemain City .
Susulan itu, Wilshere bertindak balas dengan menolak pemain tersebut sebelum keadaan menjadi semakin tegang apabila Wilson kemudiannya meluru dan menolak Wilshere.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila tercetusnya aksi tolak menolak diantara kedua-dua pemain tersebut sebelum dileraikan oleh pemain-pemain lain.
Pengadil perlawanan akhirnya bertindak melayangkan kad merah kepada kedua-dua pemain tersebut.
Insiden layangan kad merah Wilshere dan Wilson.
Wilshere gets sent off. #AFCU23 pic.twitter.com/u7ixNfVYUX— Terje (@ArsenalTerje) August 21, 2017
Tamat perlawanan U23 Arsenal 4-3 U23 Manchester City.
Gol-gol Arsenal U23 dijaringkan oleh :
➧Nelson (12'57')
➧Nketiah (14'37')
Gol-gol Manchester City U23:
➧M. Smith (31')
➧Brahim Diaz (68')
➧L. Nmecha (72' pen)
Sorotan perlawanan.
Gol pendahuluan dijaringkan oleh Reiss Nelson.
Reiss Nelson gives the Arsenal U23s the lead against Man City #AFCU23 pic.twitter.com/Uox9tDSzgZ— Terje (@ArsenalTerje) August 21, 2017
Jaringan gol kedua Arsenal U23 oleh Nketiah dengan bantuan gol dihasilkan oleh Maitland-Niles.
Nketiah doubles the lead for Arsenal. Brilliant work from Maitland-Niles #AFCU23 pic.twitter.com/okWm2CapNP— Terje (@ArsenalTerje) August 21, 2017
Nketiah menjaringkan gol kedua peribadi beliau untuk Arsenal U23 mendahului City U 3-1. Bantuan gol dihasilkan oleh Wilshere.
Nketiah scores his second goal of the day. Wilshere with the assist. 3-1 Arsenal #AFCU23 pic.twitter.com/bMb3N5Hv3X— Terje (@ArsenalTerje) August 21, 2017
Gol keempat dan juga gol kemenangan Arsenal dijaringkan oleh Reiss Nelson.
Reiss Nelson scores his second, 4-1 Arsenal #AFCU23 pic.twitter.com/quKEwjZW1v— Terje (@ArsenalTerje) August 21, 2017