Beliau tidak 'glamer' namun beliau kuat


Sead Kolasinac yang ditandatangani Arsenal secara percuma, tidaklah popular untuk membuatkan peminat-peminat Arsenal begitu teruja saat Wenger mengumumkan beliau sebagai pemain terbaru Arsenal.

Menamatkan saingan liga ditempat kelima musim 2016/17, membuatkan Arsenal gagal untuk beraksi dalam Liga Juara Juara (UCL) musim 2017/18.



Dengan kegagalan ini (beraksi dalam UCL) membuatkan peminat dan penyokong mula mempersoalkan kemasukan pemain baru kedalam skuad Arsenal.

Adakah Arsenal mampu menarik pemain yang mempunyai reputasi tinggi dan terkenal sebagaimana Manchester United berjaya membawa Pogba dan Zlatan pada musim sebelum ini dimana mereka juga  gagal bersaing didalam UCL.

Dengan harapan menggunung peminat Arsenal yakin bahawa Wenger bakal membawa nama-nama besar... Namun sebaliknya.... Sead Kolasinac.


Sead Kolasinac merupakan pemain pertama yang ditandatangani Arsenal ketika jendela perpindahan dibuka musim ini.

Arsene Wenger sendiri mengakui bahawa menandatangani Sead Kolasinac dan mengumumkan pemain tersebut selaku pemain terbaru Arsenal bukanlah sesuatu yang paling glamor untuk disaksikan.

Namun disebalik kekurangan itu (glamer dan popular) pada Kolasinac, beliau memiliki kekuatan yang menjadi kelebihan buat beliau.

Sead Kolasinac is not the most glamorous – but he is the strongest at Arsenal (maybe ever). - Arsene Wenger.

Malah, Wenger berpendapat pemain pertahanan kelahiran Jerman itu mungkin pemain paling kuat yang pernah dikendalikannya di Arsenal.

‘Maybe he is the strongest (I have worked with),’ - Wenger.

Walaupun mempunyai kekuatan fizikal dan mampu mencabar pemain lain menggunakan kekuatan beliau namun pemain ini masih mampu menghindarkan diri daripada membuat kesilapan yang boleh mengakibatkan dilayangkan kad atau memberi sepakan percuma kepada pihak lawan.

Gelaran terkini buat Kolasinac
Kelebihan yang ada pada beliau ini membuatkan Wenger yakin beliau mampu menyesuaikan diri dengan corak permainan dalam saingan Liga Perdana.

Kemunculan Kolasinac bersama Arsenal tidak memerlukan masa yang lama untuk membuktikan kelebihan dan kesan kepada pasukan apabila berjaya mencipta satu bantuan gol dalam perlawanan pembukaan liga menentang Leicester City yang dimenangai Arsenal dengan keputusan 4-3.



Sebelum itu beliau berjaya menjaringkan gol penyamaan Arsenal dalam perlawanan Piala Perisai Komuniti yang akhirnya membawa perlawanan tersebut ke penentuan sepakan penalti.

Persembahan cemerlang beliau itu mendapat perhatian Wenger yang mengakui dimana pemain tersebut sangat berbahaya pada 'final third' dan memberi kelebihan kepada penyerang Arsenal dalam melakukan serangan.

‘He already has some assists since he came here, so overall maybe he is not a glamorous dribbler but the quality of his runs are very efficient. The determined attitude gets to the crowd and that gives something to the team, you can see that with him and when he intervenes he provokes happiness."

Pendapat mengenai kelebihan dan kebolehan Kolasinac ini juga turut diakui oleh peminat-peminat Arsenal ketika ini.

Mungkin ada yang lebih teruja menyaksikan aksi beliau berbanding Lacazette, seorang lagi pemain baru yang dibawa masuk Wenger menyertai Arsenal pada jendela perpindahan setakat ini.

Kolasinac beraksi bersama Schalke 04 sebelum menyertai Arsenal.
Wenger yang menyifatkan proses mendapatkan pemain itu secara percuma merupakan satu pembelian yang berbaloi dan perbincangan bersama pemain tersebut untuk menyakin beliau menyertai Arsenal juga dianggap mudah dan tidak mengambil masa yang lama.

Menjelang pertembungan menentang Stoke City awal pagi nanti (12.30pagi), peminat dan penyokong Arsenal mengharapkan beliau mampu mengekang pemain Stoke yang terkenal dengan corak dan pemainan aggresif.

Post a Comment

Previous Post Next Post