![]() |
Jessica Samuelsson. Kredit gambar : Arsenal |
Arsenal Women hari ini (17 Ogos 2017) telah mengumumkan penyertaan pemain terbaru mereka dalam menghadapi saingan liga musim ini.
Jessica Samuelsson, 25 tahun sebelum ini beraksi untuk kelab Australia, Melbourne Victory.
Pemain pertahanan berpengalaman Sweeden memperolehi cap antarabangsa pertama beliau apabila mewakili Sweden pada tahun 2011.
Antara pencapaian terbaik beliau adalah memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik 2016. Beliau turut mempamerkan aksi cemerlang pada kejohanan Euro Wanita 2013 dan 2017.
Bercakap selepas menandatangani kontraknya, Jessica berkata:
"Saya sangat gembira menyertai kelab ini dan menjadi sebahagian daripada kelab hebat seperti Arsenal. Saya sangat teruja untuk memulakan musim ini sebagai pemain Arsenal."
Välkommen! 🇸🇪 pic.twitter.com/q78eXScChM— Arsenal Women (@ArsenalWFC) August 18, 2017
"Ini adalah langkah baru dalam kerjaya saya dan saya berharap dapat mengembangkan lagi bakat saya sebagai seorang pemain"
"Saya akan lakukan segala yang saya dapat untuk membantu Arsenal mencapai kejuaraan liga musim ini "
![]() |
Pengurus Pasukan Arsenal Women, Pedro Martinez Losa. |
Sumber dan rujukan : Arsenal