Community Shield 2017 : Arsenal vs Chelsea



Esok, jam sembilan malam, Arsenal sekali lagi bakal berdepan Chelsea dalam saingan Community Shield 2017 selepas kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu dalam aksi perlawanan pra musim baru-baru ini.

Rekod pertembungan 'head-to-head' kedua pasukan ini menyaksikan Arsenal lebih banyak memenangi perlawanan dengan 74 kali menang, 54 kali seri dan 62 kali kalah.

Namun jika mengambil kira 10 perlawanan terakhir (kompetitif) kedua-dua pasukan ini, Chelsea lebih banyak memenangi perlawanan dengan mengumpul lima kemenangan, dua seri dan tiga kali kekalahan.

Dan perlawanan terakhir diantara kedua-dua pasukan ini (perlawanan kompetitif) dimenangi Arsenal ketika berjaya menewaskan pasukan Chelsea dalam saingan Piala FA lalu.

Rekod pertembungan 10 perlawanan terakhir kedua-dua pasukan.

Tarikh Perlawanan Keputusan Saingan
23 Dec 2013 Arsenal v Chelsea 0-0 Premier League
22 Mar 2014 Chelsea v Arsenal 6-0 Premier League
05 Oct 2014 Chelsea v Arsenal 2-0 Premier League
26 Apr 2015 Arsenal v Chelsea 0-0 Premier League
02 Aug 2015 Arsenal v Chelsea 1-0 FA Community Shield
19 Sep 2015 Chelsea v Arsenal 2-0 Premier League
24 Jan 2016 Arsenal v Chelsea 0-1 Premier League
24 Sep 2016 Arsenal v Chelsea 3-0 Premier League
04 Feb 2017 Chelsea v Arsenal 3-1 Premier League
27 May 2017 Arsenal v Chelsea 2-1 FA Cup

Manakala dalam perlawanan persahabatan Pra Musim yang dijalankan di China bulan lalu menyaksikan Chelsea berjaya menewaskan Arsenal dengan jaringan 3-0, namun ujian sebenar kedua-dua pasukan ini adalah dalam pertembungan esok pada saingan Piala Perisai Komuniti (Community Shield).


Perkembangan Pasukan Arsenal
Alexis Sanchez tidak menyertai skuad Arsenal dalam perlawanan persahabatan (pra musim) dan baru sahaja menyertai kem latihan Arsenal. Dijangkakan pemain ini berkemungkinan berada dibangku simpanan.

Ozil yang dikatakan mengalami sedikit kecederaan dijangka pulih dan mampu beraksi dalam saingan ini begitu juga dengan Ramsey yang kini sudah pulih dari kecederaan.

Kelibat pemain kebangsaan Jerman, Shkodran Mustafi juga masih diragui berikutan cuti panjang yang dberikan kepada beliau selepas berakhirnya Kejohanan Piala Konfederasi dan tidak bersama skuad dalam persiapan pra musim. Dijangkakan beliau turut berada dibangku simpan bersama Sanchez.

Dengan ketiadaan Francis Coquelin yang mengalami kecederaan, barisan tengah Arsenal kemungkinan diterajui oleh pasangan Xhaka dan Ramsey.

Yang menjadi persoalan dan kegusaran penyokong Arsenal adalah pada barisan pertahanan ketika ini. Pada perlawanan pra musim lalu, Wenger kerap menggunakan Elneny pada bahagian pertahanan namun pada perlawanan esok, penulis merasakan Wenger masih mengekalkan tiga pemain pertahanan dengan menurunkan Holding, Mertesacker dan Koscielny (Monreal).

Penulis juga merasakan pemain baru (Sead Kolasinac dan Alexandre Lacazette) yang dibawa masuk Wenger pada jendela perpindahan baru-baru ini bakal diturunkan.

Barisan kemungkinan Arsenal (3-4-2-1):
Cech; Holding, Mertesacker, Koscielny (Monreal); Bellerin, Xhaka, Ramsey, Kolasinac; Ozil, Reiss Nelson (Welbeck); Lacazette.

Perkembangan Pasukan Chelsea
Manakala Chelsea pula bakal kehilangan Pedro yang mengalami kecederaan pada perlawanan pra musim dan juga Diego Costa yang dikatakan tidak lagi diperlukan oleh Conte.

Namun kemasukan Alvaro Morata, Tiemoue Bakayoko dan juga Antonio Rudiger yang baru dibeli Chelsea sudah tentu mampu menggugat pertahanan Arsenal.

Begitu juga dengan kelibat Michy Batshuayi yang dilihat begitu berbahaya dalam aksi perlawanan pra musim Chelsea baru-baru ini. Kemampuan beliau menjaringkan gol juga tidak boleh dipandang rendah oleh barisan pertahanan Arsenal.

Sedikit kelegaan dimana Eden Hazard dan Pedro serta Bakayoko masih lagi mengalami kecederaan dan kemungkinan tidak akan diturunkan esok.

Barisan kemungkinan Chelsea (3-4-3):
Courtois; Azpilicueta, Luiz, Cahill; Moses, Kante, Fabregas, Alonso; Willian, Batshuayi, Morata.

Post a Comment

Previous Post Next Post