Arsenal terpaksa terima hakikat 'kehilangan' aksi UCL


Arsenal perlu berhadapan dengan realiti setelah kehilangan tempat dalam Liga Juara-Juara.

Arsenal bakal memulakan kampen 2017/18 dengan buat pertama kalinya gagal beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dalam era Arsene Wenger.

Baik penyokong mahupun pemain Arsenal sendiri sebenarnya kecewa dengan situasi ini, namun kita seharusnya menerima kenyataan serta perlu menyesuaikan diri dengan situasi ini tanpa perlu 'kutuk mengutuk'.

Dan Wenger sendiri mendedahkan dimana beliau sendiri kecewa dan merindui aksi UCL ini, namun dengan 'kelebihan' ini Arsenal mampu untuk memberi 100% perhatian dalam saingan Liga Perdana yang dilihat semakin mencabar.



"I would have loved to play in the Champions League, but we have to deal with the reality that we are not in it" - Wenger

Wenger turut memberi gambaran dimana saingan Liga Perdana lebih menarik musim ini berbanding saingan UCL memandangkan enam pasukan teratas musim lalu dilihat berbelanja besar dalam memperkuatkan pasukan masing-masing kecuali Spurs yang lebih menggunakan pemain muda mereka yang telah lama bersama kelab itu.

Dengan terkeluarnya daripada saingan UCL, Arsenal kini bakal beraksi dalam saingan Europa dan domestik. Dan peluang ini dilihat sesuatu yang positif buat Wenger dalam merebut kejuaraan liga.

Pada musim lalu, Arsenal dilihat mengalami kesukaran dalam pengiliran pemain ketika menghadapi saingan UCL dan Liga Perdana yang menyaksikan persembahan pasukan ini begitu merosot dengan ditambah beberapa pemain utama mengalami kecederaan. 

Untuk musim baru, Wenger sukar meramalkan dimanakah Arsenal bakal menamatkan saingan, namun beliau menjelaskan dimana beliau mahu memberi tumpuan kepada saingan liga musim depan.

Penulis sehingga ini percaya jika Wenger tidak membawa masuk mana-mana nama besar, kemungkinan saingan Europa menjadi medan terbaik buat pemain-pemain muda Arsenal dalam mempamerkan aksi dan kebolehan mereka diperingkat tertinggi.

Mungkin peluang untuk Iwobi, Ainsley Maitland-Niles, Chuba Akpom dan Reiss Nelson beraksi pada saingan Europa lebih cerah berbanding saingan UCL sebelum ini.

It happened sometimes that we rested players in the group stage of the Champions League to prepare for the next Premier League game, because every Premier League game is so difficult.

Post a Comment

Previous Post Next Post