Conte bidas Wenger


Pengurus Chelsea, Antonio Conte membidas Arsene Wenger yang dikatakan mencampuri urusan perpindahan pemain pasukan beliau.

Wenger sebelum itu dikatakan memahami keadaan pengurus itu di Stamford Bridge, namun beliau menegaskan dimana beliau tidak merasa kasihan kepada Conte.

Conte, setakat ini masih gagal membawa beberapa nama besar dan berkualiti dalam pasukan beliau bagi menghadapi saingan liga dan juga saingan Liga Juara-Juara, dilaporkan kecewa dengan urusan perpindahan pemain termasuklah penjualan Matic kepada Manchester United.

Chelsea menurut Conte memerlukan sebuah skuad yang besar bagi mengharungi saingan musim 17/18 dimana pasukan beliau bakal mengharungi saingan domestik dan Eropah.

Perkembangan ini mendapat respon Wenger yang jelas memahami situasi beliau namun cadangan Wenger itu dibalas Conte yang mengatakan beliau (Conte) tidak memerlukan simpati Wenger dalam skuad beliau.



Wenger dilaporkan telah memberi cadangan kepada Conte supaya membawa balik (memanggil kembali) beberapa pemain yang dipinjamkan (loan out) jika pengurus Chelsea itu mahukan skuad yang lebih besar bagi mengharungi musim 2017/18.

Nama-nama seperti Kurt Zouma, Ruben Loftus-Cheek, Kasey Palmer, Izzy Brown dan Tammy Abraham merupakan diantara beberapa pemain muda Chelsea dipinjamkan dan beraksi bersama pasukan lain dalam saingan Liga Perdana musim ini, manakala Marco van Ginkel dan Mario Pasalic beraksi bersama pasukan Eropah lain antara yang boleh dipanggil semula oleh Conte bagi menguatkan skuad beliau.

Kurt Zouma dipinjamkan kepada Stoke City oleh Chelsea.
Namun Conte jelas tidak senang dengan nasihat ataupun cadangan Wenger itu sebagaimana laporan Goal dan menegaskan dimana beliau tidak mencari simpati keatas saiz skuad beliau (Chelsea) dan juga beliau tidak memerlukan pandangan Wenger itu.

Beliau turut menegaskan dimana Chelsea ketika ini melakukan yang terbaik dalam urusan pembelian pemain pada jendela perpindahan ini.

Dan menurut beliau lagi, ketika ini beliau menyokong keputusan Chelsea untuk meminjam bakat muda mereka dan tidak mahu mengaitkan urusan pinjaman pemain (loan out) ini sebagai perbandingan dengan tahap kejayaan kelab itu dalam urusan pembelian pemain baru.

"I'm not looking for sympathy from coaches in this situation, that is my message,"

Conte percaya apa yang dilakukan oleh kelab atau pihak pegurusan dalam membenarkan pemain muda menyertai pasukan lain (secara pinjaman) adalah untuk pembangunan mereka (pemain muda) kerana pemain-pemain ini masih belum bersedia untuk bermain bersama Chelsea.

Tumpuan beliau ketika ini adalah untuk memantapkan pasukan dengan fokus diberikan pada sesi latihan dan juga perlawanan bagi memastikan pemain mampu memberikan yang terbaik pada setiap perlawanan.

Post a Comment

Previous Post Next Post