Conte tidak yakin Chelsea mampu muncul Juara Liga


Sehari sebelum perlawanan liga bermula, pengurus Chelsea, Antonio Conte dilaporkan telah membuat kenyataan dimana beliau menolak dakwaan yang mengatakan Chelsea merupakan prospek juara musim ini.

Beliau bagaikan tidak yakin untuk mempertahankan gelaran Juara Liga Perdana Inggeris yang dimenangi beliau pada musim lalu.

Chelsea are not favourites for the Premier League title, admits Antonio Conte. - Independent.

Kegagalan untuk mendapatkan pemain yang menjadi sasaran sasaran beliau seperti Romelu Lukaku dan Leonardo Bonucci dikatakan mengecewakan beliau dan membuatkan beliau tidak berkeyakinan untuk diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai liga.



Dan malam tadi, bagaikan menyokong kata-kata dan luahan beliau apabila Chelsea tewas 2-3 kepada Burnley.

Pada perlawanan malam tadi, Chelsea beraksi dengan sembilan pemain apabila ketua pasukan, Gary Cahill dilayangkan kad merah pada minit ke-13 masa perlawanan dan Cesc Fabregas menerima kad kuning kedua pada minit ke-88.

Sesuatu yang positif mengenai Chelsea malam tadi adalah mengenai pemain baru yang dibawa masuk menyertai Chelsea musim ini, Álvaro Morata berjaya menjaringkan gol pertama beliau bersama Chelsea musim ini apabila menyumbang satu gol pada minit ke-69.

Álvaro Morata berjaya menjaringkan gol pertama beliau bersama Chelsea.
Chelsea musim lalu juga tidak dianggap sebagai pasukan pilihan, namun pasukan itu menamatkan saingan liga selaku juara.

Dan Conte percaya bahawa musim ini juga adalah sama sebagaimana musim lalu dengan mengakui beliau setuju dengan pendapat yang mengatakan Chelsea bukanlah pasukan pilihan.

Post a Comment

Previous Post Next Post