Elneny anggap Arsenal sebagai rumah beliau

Mohamed Elneny. Kredit gambar: Four Four Two
"Saya menganggap Arsenal rumah saya dan saya berikan segalanya."

Pemain kebangsaan Mesir itu berjaya mempamerkan aksi cemerlang seawal detik 94 saat dengan membuat hantaran silang yang membantu Alex Lacazette menjaringkan gol dalam debut pertama Lacazette di Liga Perdana Inggeris.

Elneny yang dikeluarkan pada babak kedua apabila Arsene Wenger memasukkan pemain penyerang dalam usaha untuk mengubah permainan dan beliau jelas lega apabila tiupan wisel penamat dibunyikan.



Memetik kata beliau pada laman Arsenal;

"Kemenangan hari ini sangat penting selepas tewas dalam perlawanan pembukaan pada musim-musim sebelum ini".

"Selepas berjaya memenangi perlawanan pertama dalam gaya sedemikian, ianya memberi satu tonik untuk meneruskan cabaran musim ini dengan semangat yang sangat tinggi selepas berjaya mengubah kedudukan daripada ketinggalan menjadi kemenangan"

A post shared by Mohamed Elneny (@elnennym) on

"Dan saya merasa sangat gembira apabila berjaya membantu pasukan untuk mencapai kemenangan lebih-lebih lagi apabila dapat membantu gol (assist) dalam perlawanan hari ini dan memberikan semuanya (terbaik) untuk Arsenal.

"Saya menganggap Arsenal sebagai rumah saya," 


-  Arsenal

"Saya gembira dengan kepercayaan yang diberikan Wenger terhadap kualiti saya dan saya berharap dapat memberikan yang terbaik dalam semua perlawanan."

Post a Comment

Previous Post Next Post