Sanchez berada di Perancis.


Tweet Sanchez dari Perancis ketika ini hangat dikaitkan dengan perpindahan ke PSG buat peminat Arsenal panik.

Beliau yang mengalami kecederaan dan tidak berada didalam skuad Arsenal ketika pasukan berjaya menewaskan Leicester City  dalam kemenangan penuh dramatik 4-3, terus menjadi topik hangat mengenai masa depan beliau bersama Arsenal.

Walaupun Arsene Wenger berkali-kali menegaskan dimana beliau tidak akan melepaskan Sanchez musim ini, namun pemain berusia 28 tahun ini masih dikaitkan dengan perpindahan.



Pemain kebangsaan Chile itu yang mana berada ditahun terakhir beliau bersama Arsenal mengesahkan bahawa beliau akan kekal bersama Arsenal musim ini dan menghormati kontrak beliau serta keputusan yang dibuat oleh Arsenal.

Namun dalam tweet terbaru beliau yang menjemput penyanyi Richard Marx untuk datang ke Stadium Emirates mencetuskan panik dikalangan peminat Arsenal.


Tweet beliau yang asal menunjukan lokasi dimana beliau berada di Perancis sebelum dipadamkan setelah peminat-peminat mula menyoal kepada beliau mengapa beliau berada di negara itu.



Berikut respon peminat mengenai tweet tersebut setelah menyedari Sanchez telah memadamkan tweet asal yang menunjukkan lokasi tweet tersebut.




Namun beliau dipercayai berada di Paris kerana mengikuti teman wanita beliau yang menjalani penggambaran (model) disana berikutan diberi pelepasan (cuti) sebagaimana pemain lain seperti Giroud, Xhaka and Sead Kolasinac.

Post a Comment

Previous Post Next Post