Gandingan dua penyerang Perancis dalam skuad Arsenal musim ini dilihat mampu memberi kelainan dalam corak serangan Arsenal.

Dalam perlawanan menentang Leicester City tempoh hari, kemasukan Giroud pada babak kedua perlawanan menyaksikan Arsenal berjaya merubah kedudukan daripada ketinggalan hingga mencapai kemenangan.

Kemasukan Giroud juga menyaksikan perubahan pada jentera serangan pasukan dengan Lacazette  sebelum itu bermain didepan ditukarkan kebahagian kiri.
Formasi Arsenal.

Wenger turut memuji perubahan itu yang menyaksikan Lacazette bermain cukup cemerlang pada posisi kiri serangan membantu Giroud.

Adakah kita bakal menyaksikan dua penyerang pada perlawanan seterusnya?


Kemungkinan untuk Wenger akan menurunkan dua penyerang ini pada perlawanan menentang Stoke City juga dilihat sesuatu yang menarik. Untuk rekod Wenger pernah melakukannya ketika meletakkan Wiltord di kanan untuk memberi ruang kepada Henry mengemudi serangan utama.

“We saw a lot of variety going forward,” Wenger told Arsenal Player. “I changed a lot during the game and overall I think the players adapted well to what I asked them to do in different positions. In the end the remarkable spirit of people like Olivier Giroud paid off again. - Arsenal

Pada perlawanan tersebut, Arsenal berjaya merekodkan 27 percubaan dengan 10 percubaan tepat dan tujuh percubaan berjaya dihalang pemain Leicester City.

Walaupun jentera serangan Arsenal berjaya menjaringkan empat gol daripada 10 percubaan tepat itu pada perlawanan tersebut, namun kerapuhan barisan pertahanan Arsenal pada perlawanan itu  amat merisaukan dan menjadi persoalan peminat-peminat Arsenal.

Statistik penuh perlawanan.
Ketiadaan pemain pertahanan tengah (pure CB) yang mana ketiadaan Per (kecederaan) dan Kosielny (digantung dua perlawanan) ketika ini amat membimbangkan.

Walaupun masih memiliki Mustafi, namun beliau pada perlawanan tersebut masih belum bersedia untuk bermain (lack of match fitness).

Adalah menjadi perkara utama buat Wenger untuk menyusun semula barisan pertahanan dengan pemain utama masih belum dapat diturunkan.

Penguasaan 70% permainan yang dimiliki Arsenal pada perlawanan itu tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mengatakan ianya berjaya lebih-lebih lagi dengan tiga kali bolosi dan ini menjelaskan mengapa barisan pertahanan Arsenal perlu diberi perhatian.

Mungkin perlawanan seterusnya kehadiran Mustafi atau Per mampu mengemudi barisan pertahanan menjadi lebih mantap.

Post a Comment

Previous Post Next Post