Henry yakin dengan kebolehan Lacazette.


Bekas penyerang Arsenal, Thierry Henry percaya dan yakin dengan kebolehan Alexandre Lacazette.

Henry, 39 tahun merupakan penjaring gol terbanyak Arsenal dengan mengumpul 228 jaringan bagi kesemua pertandingan dan 175 gol bagi saingan Liga Perdana Inggeris, percaya dengan kebolehan yang ada pada Lacazette untuk mencipta nama bersama Arsenal.

Henry pemegang rekod penjaring terbanyak Arsenal.
Beliau yakin bahawa pemain termahal Arsenal itu mampu menyesuaikan diri dengan tempo permainan Arsenal dan juga Liga Perdana Inggeris serta mampu mencipta kejayaan bersama Arsenal.



Lacazette gagal menjaringkan gol dalam penampilan sulung beliau bersama Arsenal dalam perlawanan kompetitif (ketika Arsenal menewaskan Chelsea dalam saingan Piala Perisai Komuniti) dikatakan bakal menjadi pilihan utama Wenger dalam mengemudi serangan Arsenal musim 2017/18.

Walaupun Arsenal masih memiliki Giroud pada bahagian serangan, namun Henry percaya dengan kebolehan Lacazette yang mampu memberikan sesuatu berbeza kepada Arsenal.

Giroud dan Lacazette mempunyai corak dan gaya permainan berbeza walaupun kedua-dua pemain ini mewakili skuad kebangsaan Perancis dan ini merupakan satu kelebihan buat Arsenal yang ketika ini turut memiliki Welbeck dan Walcott yang mampu beraksi pada jentera serangan Arsenal.

"(Lacazette) has a different game to Giroud, which I think is good because you need different types of strikers"  - Henry

Henry menyertai Arsenal pada Ogos 1999 daripada kelab Itali, Juventus setelah gagal memberi impak kepada pasukan itu. Beliau hanya bermain satu musim bersama Juventus sebelum menyertai Arsenal dan hanya membuat 19 penampilan dengan tiga gol berjaya dijaringkan beliau bersama Juventus pada musim 1998/99.

Bersama Arsenal pada musim pertama, beliau telah membuat 47 penampilan dengan 26 gol berjaya direkodkan beliau bagi kesemua peringkat yang disertai Arsenal.

Manakala Giroud yang menyertai Arsenal pada tahun Jun tahun 2012, telah membuat jumlah kemunculan yang sama dengan Henry iaitu 47 penampilan dan berjaya menjaringkan 17 pada musim pertama beliau bersama Arsenal.

Giroud berjaya menjaringkan 17 gol pada musim pertama bersama Arsenal.
Mampukah Lacazette mengatasi rekod penampilan dan jaringan yang dihasilkan oleh Henry dan Giroud pada musim pertama bersama Arsenal?

Henry dan Giroud juga berasal daripada Perancis sebagaimana Lacazette cuma yang membezakan diantara mereka bertiga adalah Henry sebelum menyertai Arsenal, pernah bermain di Liga Itali manakala Giroud dan Lacazette bermain di Liga Perancis.

Jumlah penampilan dan gol bagi Henry dan Giroud pada musim pertama bersama Arsenal:

Pemain
Penampilan
Liga
Gol Penampilan Domestik
(lain-lain)
Gol Penampilan
Eropah
Gol Jumlah penampilan Jumlah Gol
Henry 31 17 5 1 11 8 47 26
Giroud 34 11 6 4 7 2 47 17

Post a Comment

Previous Post Next Post