Virgil van Dijk minta dilepaskan daripada Southampton


Pemain pertahanan Southampton, Virgil van Dijk akhirnya dilaporkan telah membuat permintaan untuk dilepaskan.

Virgil van Dijk, 26 tahun yang juga merupakan pemain pertahanan skuad kebangsaan Belanda dilaporkan telah membuat permohonan secara rasmi supaya dilepaskan oleh Southampton.

Dijk sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dikatakan bakal menyertai Liverpool dan menimbulkan rasa tidak puas hati kelab Southampton yang akhirnya menyaksikan permohonan maaf dilakukan oleh Liverpool ekoran dikatakan melakukan kesalahan dalam memujuk pemain ini.

Tindakan beliau sebelum ini yang secara terang-terangan menyatakan mahu dilepaskan turut menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pengendali Southampton, Mauricio Pellegrino.

Beliau akhirnya ditinggalkan dan menjalani latihan secara bersedirian setelah skuad Southampton menjalani latihan dan persiapan pra musim di Austria.

Dan tindakan Southampton itu menyebabkan beliau merasa 'terhina' dan seterusnya menyaksikan tindakan susulan beliau untuk menyerahkan permohonan secara rasmi kepada Southampton supaya dilepaskan daripada kelab itu.

Adakah Liverpool berjaya menjadikan pemain pertahanan ini sebagai pemain pertahanan termahal dalam Liga Perdana Inggeris?



Liverpool sebelum ini dikatakan hampir pasti menandatangani pemain ini, namun tindakan kelab tersebut yang dikatakan melakukan kesalahan apabila berunding dengan pemain tersebut tanpa pengetahuan kelab (Southampton) akhirnya terpaksa melupakan hasrat tersebut (mendapatkan van Djik).

Pemain pertahanan Kebangsaan Belanda ini dikatakan bernilai £60 juta dan Liverpool juga turut dilaporkan bersedia membayar nilai tersebut kepada Southampton.

Berikut merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Virgil van Dijk yang dipetik daripada sumber OneFootball.


Persoalan kini, kemanakah destinasi Van Dijk?

Liverpool melalui pengurus mereka, Jürgen Klopp dilaporkan sebelum ini amat berpuas hati dengan skuad ataupun pemain pertahanan sedia ada ketika ini namun dengan situasi terkini Van Dijk, kemungkinan besar untuk Klopp mendapatkan pemain tersebut juga tinggi.

Selain Liverpool, Chelsea dan Manchester City turut dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post