Ibarat kereta kebal


Ibarat kereta kebal itulah perumpamaan yang diberikan Walcott kepada rakan sepasukan beliau, Kolasinac.

Sead Kolasinac, 24 tahun menyertai Arsenal secara percuma daripada kelab Jerman, Schalke berjaya menjaringkan gol penyamaan yang akhirnya membawa kemenangan kepada Arsenal melalui penentuan sepakan penalti dalam perlawanan Piala Perisai Komuniti Ahad lalu.

Aksi memukau ditunjukan beliau bukan sahaja berjaya memikat hati penyokong malahan dikalangan rakan sepasukan beliau sendiri termasuklah Theo Walcott.

Walcott yakin dengan kebolehan dan kemampuan yang ada pada Kolasinac itu bakal menjadikan beliau (Kolasinac) antara pemain terbaik Liga Perdana Inggeris dan menggelarkan beliau dengan gelaran Kereta Kebal.


Pada pertembungan menentang Chelsea, Kolasinac pada mulanya hanya diletakkan dibangku simpanan sebelum kecederaan yang dialami Per Mertesacker memberi peluang kepada beliau untuk beraksi pada perlawanan itu dan kali pertama beraksi di Stadium Wembley.

Menurut Walcott lagi, Kolasinac merupakan seorang yang profesional dan beliau percaya tugas untuk mengawal Kolasinac bukanlah sesuatu yang mudah dimana beliau memiliki fizikal yang begitu kuat dan mampu menyesuaikan diri dalam Liga Perdana dengan mudah.


Post a Comment

Previous Post Next Post