Wenger sahkan Arsenal tanpa kelibat Sanchez


Arsene Wenger sahkan Alexis Sanchez tidak dapat beraksi dalam perlawanan pembukaan liga.

Pemain sensasi dan kontroversi Arsenal, Alexis Sanchez bakal terlepas aksi dalam saingan liga buat tempoh sekurang-kurangnya dua minggu ekoran kecederaan yang dialami beliau pada minggu lepas sebelum perlawanan perlawanan menentang Chelsea.

Kecederaan yang dialami beliau merupakan ketegangan abdomen (abdominal strain) mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk kembali cergas menurut penjelasan yang dibuat oleh Wenger. 

Beliau sebelum ini lewat menyertai latihan bersama skuad Arsenal kerana mengalami masalah kesihatan (selesema) sekali lagi terpaksa menangguhkan aksi beliau dalam saingan liga disebabkan kecederaan terbaru beliau ini.



Menurut Wenger, Sanchez bakal terlepas aksi pembukaan menentang Leicester City pada awal pagi Sabtu ini dan kemungkinan besar turut terlepas aksi menentang Stoke City pada minggu depan.

"He had a little abdominal strain that he caught on Sunday morning in training before he came to Wembley. He had a scan two days ago and he's out for a while I don't know is it two weeks or one more week but he will not be available."

Walaupun Arsenal kehilangan beliau buat sementara namun Wenger tetap yakin dengan barisan pemain yang mampu mengisi kekosongan (posisi) Sanchez sebagaimana persediaan dalam pra musim.

Beliau turut menjelaskan dimana beliau tidak akan menurunkan Sanchez pada hujung minggu ini dan juga minggu depan (menentang Stoke).

Masa depan Sanchez bersama Arsenal ketika ini penuh dengan tanda tanya dan kecederaan beliau ini mungkin mencetuskan spekulasi baru mengenai perpindahan beliau (Sanchez) dengan dikaitkan dengan Manchester City selepas Bayern Munich dan Paris Saint-Germain dilaporkan tidak lagi berminat mendapatkan khidmat beliau.

Namun Wenger tetap yakin dengan pemain itu kekal bersama Arsenal bagi menghadapi musim baru yang bakal bermula Sabtu ini.

Selain Sanchez, Arsenal juga kemungkinan turun menentang Leicester City tanpa kelibat Aaron Ramsey, Mesut Ozil, Per Mertesacker dan juga Laurent Koscielny yang masih menjalani penggantungan dua perlawanan.


Post a Comment

Previous Post Next Post