Klopp jelas dengan taktikal Arsenal


Menurut pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, Arsenal mengamalkan corak permainan yang berbeza ketika menentang pasukan beliau berbanding ketika menentang pasukan lain dalam saingan liga.

Klopp percaya bahawa Arsenal lebih banyak mengamalkan permainan 'direct style' ketika bertemu Liverpool.

Menjelang pertemuan Liga Perdana malam ini diantara Klopp dan Wenger, beliau diingatkan kembali saat beliau bersama Dortmund dalam pertembungan menentang Arsenal bagi saingan UCL dimana beliau menegaskan beliau lebih gemar 'heavy metal' berbanding Arsenal yang diibaratkan beliau bagaikan 'orchestra'.


"Arsenal play football like an orchestra but I prefer heavy metal" - Jurgen Klopp

Dalam temuramah bersama Sky Sports, jelas beliau tidak mampu menahan perasaan lucu apabila diingatkan kembali mengenai ungkapan beliau dahulu sebelum menentang Arsenal (heavy metal dan orchestra). 

"Dunia televisyen dan internet menyebabkan ianya menjadi sukar, lebih-lebih lagi ianya ditonton di seluruh dunia. Tiada siapa yang dapat melupakan perkara-perkara seperti ini."

"Tidak (ia bukan petikan yang hebat), ianya memang tidak betul, saya tidak pernah fikir akan ada orang yang akan mengingatkan saya tentang perkara ini sekali lagi. Selepas empat tahun berlalu dan anda masih ingat mengenai ungkapan ini."

"Saya fikir,  Arsenal sentiasa berubah gaya permainan apabila mereka bertemu dengan kami."

Jika dilihat pada pertembungan kedua-dua pasukan ini terutama pada perlawanan yang berlangsung di Anfield (Januari 2016) yang berkesudahan seri 3-3, Klopp menjelaskan dimana Arsenal ketika itu mengamalkan hantaran jauh dengan menjadi Giroud sebagai 'target man' mereka.

Arsenal menggunakan Giroud sebagai 'target man' jika bermain hantaran jauh.
Menurut beliau lagi, walaupun Liverpool mengamalkan permainan 'pressing' namun Arsenal masih mampu melakukan dan melancarkan serangan dengan baik walaupun ditekan didalam perlawanan itu.

Strategi hantaran jauh (long ball) dan menjadikan Giroud 'traget man' mereka ketika permainan penuh dengan intensiti dan berkualiti tinggi nyata berbisa buat Arsenal dan ini diakui Klopp yang memuji keupayaan Wenger untuk mengubah corak permainan pasukan Arsenal selain mampu bermain dengan baik.

"They have a quite clear build-up, long, winning the second ball, and then they play football, and then they're all involved." 

Menjelang pertembungan malam ini, Klopp menegaskan dimana Mesut Ozil, Alexis Sanchez, Theo Walcott, Alexandre Lacazette dan Giroud merupakan pemain yang sukar dikawal dan perlu diberikan perhatian oleh barisan pemain beliau.

Ozil antara pemain Arsenal yang perlu diberi perhatian oleh barisan pertahan Liverpool.
Beliau turut meningatkan barisan pemain beliau supaya tidak memandang rendah keupayaan Arsenal walaupun ketika ini pasukan Arsenal dipenuhi dengan pelbagai kontroversi.

"You can't play a little bit of football and hope to get anything from Arsenal, they are too strong, I really respect their work a lot."

Beliau turut mengakui kelebihan Arsenal yang berjaya memiliki Sead Kolasinac yang dianggap beliau satu pembelian yang hebat dan beliau cukup mengenali corak permainan pemain tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post