Watford hampiri Kieran Gibbs


Watford dilaporkan hampir pasti untuk mendapatkan khidmat pemain pertahan Arsenal, Kieran Gibbs.

Arsenal turut dilaporkan sedia untuk menurunkan nilai bagi pemain tersebut yang dilaporkan sebelum ini £15juta.

Dalam laporan terkini, perbincangan antara kedua-dua pihak masih dijalankan selepas Arsenal setuju untuk menurunkan nilai Gibbs sekitar £5-£7juta namun dipercayai Arsenal sedia melepaskan pemain itu pada nilai £7 juta.

Arsenal meletakkan nilai £15juta sebelum ini bagi mana-mana kelab untuk mendapatkan Gibb telah menyebabkan beberapa kelab yang berminat termasuk Newcastle, Brighton, Bournemouth dan Watford terpaksa membantalkan hasrat mereka.

Dan sebelum ini juga Arsenal telah menolak tawaran daripada West Brom kerana tawaran yang rendah berbanding nilai £15juta yang ditetapkan Arsenal.

Dengan perkembangan terkini yang menyaksikan Arsenal sedia menurunkan nilai Gibbs, Watford merupakan antara pasukan yang sedang berunding bersama Arsenal selain pemain itu sendiri.

Wakil pemain itu juga dilaporkan berunding bersama kelab Turki, Galatasaray dan sebuah lagi kelab dari Jerman yang tidak didedahkan. Namun Gibbs dikatakan mahu kekal bermain di England.

Dan perbincangan bersama Watford kini laporkan berada di peringkat akhir dengan urusan perpindahan jika persetujuan diatara Watford dan Gibbs berjaya bakal berlaku sebelum jendela perpindahan ditutup Khamis depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post