Mesej selamat tinggal emosi Gibbs kepada peminat Arsenal


Kieran Gibbs menghantar ucapan selamat tinggal beremosi kepada peminat Arsenal selepas melengkapkan perpindahan menyertai West Brom.

Pemain pertahanan kiri ini telah menghabiskan selama 13 tahun bersama Arsenal yang  yang disertai beliau pada usia 14 tahun.

Namun perjalanan karier beliau bersama Arsenal tamat pada tahun ini setelah dilepaskan Arsenal kepada West Brom dengan nilai perpindahan berjumlah £7 juta.



Beliau menandatangani kontrak selama empat tahun bersama kelab barunya itu (West Brom) dan setelah selesai segala urusan perpindahan tersebut, beliau melalui media sosial Instagram telah menghantar mesej selamat tinggalnya buat peminat-peminat Arsenal.




"Ia merupakan satu perjalanan luar biasa buat saya kerana dapat bermain untuk kelab yang saya minati dari kecil dan menyertai kelab itu semenjak berusia 14 tahun."

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Arsene Wenger kerana memberi saya peluang untuk memulakan kerjaya saya dan memenuhi mimpi saya!"

"Terima kasih kepada semua peminat, kakitangan Arsenal dan terutama rakan sepasukan saya yang berada di sana sepanjang kenangan indah ini dan juga membantu saya melalui detik-detik sukar."

"Sekarang sudah sampai waktunya untuk meneruskan 'chapter' baru bersama West Bromwich Albion dan saya tidak sabar untuk memulakannya bersama rakan-rakan sepasukan (baru)"

Pihak Arsenal turut mengucapkan mesej penghargaan kepada beliau sejurus selesai perpindahan ini.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kieran atas segala yang telah disumbangkannya kepada kelab sepanjang 13 tahun lalu, dan berharap beliau berjaya untuk masa depan."

Gibbs membuat 230 penampilan sepanjang karier beliau bersama Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post