No Money?!!!!!



"Arsenal have no plans to replace AOC & no money for major signings, but only way Sanchez leaves is if #AFC get massive money & replacement" - David Ornstein

Disaat artikel ini ditulis, tiada perkhabaran gembira buat peminat dan penyokong Arsenal dalam menantikan pembelian ataupun kemasukan pemain baru ke dalam skuad Arsenal.

Selepas berita 'gembira' penjualan Alex Oxlade-Chamberlain kepada Liverpool dengan nilai perpindahan yang dipercayai sekitar £40juta, status twitter ataupun tweet daripada wartawan BBC, David Ornstein benar-benar memeritkan.


Tiada Wang?!!!
Mengejutkan apabila tweet daripada Ornstein mengatakan tiada pembelian baru bakal dibuat oleh Wenger dan Arsenal kerana tidak memiliki wang.

Kemanakah perginya dana yang diperuntukan untuk pembelian pemain baru yang dikatakan berjumlah antara £100-200 juta tiga bulan lalu?

'Arsene Wenger to be given £200m transfer budget by Arsenal' - Metro

'Wenger has been handed a staggering £165 million budget by Arsenal owner Stan Kroenke.' - Sunday Mirror

Arsenal setakaat ini membelanjakan hanya £46 juta untuk dan menerima hasil jualan pemain yang berjumlah £73 juta.

Dan jika ditolak perbelanjaan dan pembelian pemain setakat ini, Arsenal masih tidak menggunakan dana yang diperuntukan yang di war-warkan sebelum ini.

Dan hasil jual beli pemain masih berbaki £27 juta dan bagaimana tiba-tiba boleh mengatakan Arsenal tidak mempunyai wang untuk pembelian pemain.

Rekod Jual Beli pemain Arsenal setakat ini.
Apa-apa pun masih mengharapkan sesuatu yang positif buat Arsenal dan jendela perpindahan masih dibuka.

Masih tinggal kira-kira 17 jam lagi untuk ditutup (jam 6 pagi, 1 September 2017) waktu Malaysia.

Post a Comment

Previous Post Next Post