Mustafi hampir tolak tawaran Arsenal


Pemain pertahanan Arsenal, Shkodran Mustafi dedahkan dimana beliau hampir menolak tawaran Arsenal selepas kecewa bersama Everton.



Menurut laporan yang dikeluarkan oleh ​Express, beliau hampir menolak tawaran Arsenal berikutan peristiwa beliau bersama Everton yang membuatkan beliau begitu kecewa dengan Liga Perdana Inggeris.

Beliau menghabiskan dua setengah tahun di Goodison sebelum menyertai kelab Itali, Sampdoria (tahun 2012) tidak mahu perkara sama berulang kembali dimana beliau gagal membuat sebarang penampilan bersama Everton.

Mustafi, 25 tahun menyertai Arsenal dengan nilai perpindahan yang dianggarkan sekitar £35juta pada Ogos tahun 2016 merasakan begitu kecewa dengan pengalaman beliau ketika bersama Everton dan tidak mahu kembali lagi ke England ataupun menyertai mana-mana kelab di Liga Perdana Inggeris. 

"Ia benar-benar mengecewakan dan mungkin masa yang paling buruk buat saya selaku pemain bolasepak. Saya tidak mahu pergi ke sana lagi."


Namun begitu, beliau tetap bersyukur dengan peluang yang diberikan lebih -lebih lagi menyertai Arsenal selepas memikirkan dimanakah destinasi beliau seterusnya jika beliau meninggalkan Valencia yang disertai beliau pada tahun 2014.

Bersama Arsenal beliau telah membuat 37 penampilan dengan dua gol berjaya dijaringkan serta dua bantuan gol turut dihasilkan beliau dalam kesemua pertandingan bersama Arsenal setakat ini disamping membantu Arsenal menjuarai Piala FA musim lalu.

Beliau turut memecahkan rekod tanpa kalah dalam membuat penampilan pertama bersama Arsenal dengan berjaya mengekalkan 18 perlawanan tanpa kalah mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang oleh Bacary Sagna (17 perlawanan tanpa kalah).

Post a Comment

Previous Post Next Post