Kehadiran Mustafi pada perlawanan menentang Stoke tempoh hari merupakan salah satu daripada dua perubahan yang dilakukan Wenger.
Beliau pada perlawanan menentang Stoke menggantikan posisi Rob Holding yang bermain pada perlawanan pertama liga musim 2017/18 ketika menentang Leicester City.
 |
Shkodran Mustafi |
Namun gandingan pemain ini bersama Nacho Monreal dan Sead Kolasinac pada perlawanan tersebut (menentang Stoke) gagal membantu Arsenal dan sebaliknya menyaksikan Arsenal tewas 1-0 di Stadium Bet365.
Menurut laporan yang dikeluarkan pada laman rasmi
Arsenal, pemilihan Mustafi itu dibuat kerana pada perlawanan pertama Arsenal telah dibolosi sebanyak tiga kali dan pemain pertahanan, Holding pada perlawanan tersebut tidak berjaya mempamerkan aksi yang menyakinkan.
 |
Stoke 1-0 Arsenal |
“In pre-season, centrally, we did quite well. When you lose a game, you lose a game, but we didn’t lose against Stoke only because of bad defending on the ball. - Arsenal.
Dan Wenger menjelaskan dimana pada persiapan pra musim, bahagian pertahanan itu (tanpa Mustafi) berjaya mempamerkan aksi dikira cemerlang.
 |
Arsenal 4-3 Leicester |
Namun Mustafi yang tidak menyertai perlawanan pra musim bersama Arsenal dilihat sedikit bermasalah pada perlawanan tersebut, lebih-lebih apabila berada atau diletakkan disebelah kanan.
Berikut barisan pemain pertahanan yang pernah diuji Wenger pada pra musim.
 |
Arsenal 1-1 Chelsea |
 |
Arsenal 1-2 Sevilla |
 |
Arsenal 5-2 Benfica |
 |
Arsenal 1-1 Bayern Munich |
 |
Arsenal 3-1 Western Sydney Wanderers |
 |
Arsenal 2-0 Sydney FC |