Adakah prestasi Cech sudah dipenghujung karier


Adakah Wenger bakal membeli penjaga gol baru?

Laporan daripada Daily Star, dimana Tony Cascarino yang juga merupakan bekas penyerang Chelsea meramalkan Arsene Wenger bakal membeli seorang penjaga gol baru bagi menggantikan Petr Cech.

Zaman kegemilangan Cech sudah berakhir.
Cascarino yang kini menjadi pengulas dan juga penulis pada beberapa laman akhbar serta majalah sukan melaporkan dimana Wenger bakal membawa masuk penjaga gol baru pada Januari nanti.



Menurut beliau, zaman kegemilangan Cech (35 tahun) sudah berakhir dan Arsenal memerlukan seorang penjaga gol baru yang berkaliber ketika ini.

Tony Cascarino, bekas penyerang Chelsea musim 1992-1994.
Beliau juga tidak yakin Cech mampu menjadi penjaga gol utama Arsenal sehingga ke penghujung musim 2017/18 dan mengakui Ospina selaku pilihan kedua Arsenal ketika ini tidak mampu mengisi tempat selaku penjaga gol utama Arsenal.

“I’m not sure that Petr Cech will be No 1 at Arsenal come the end of season,” Cascarino told The Times.

Arsenal ketika ini telah bolos sebanyak empat kali dalam dua perlawanan dan ini juga merupakan satu masalah utama kepada Wenger.

Cascarino tidak yakin Ospina mampu menggantikan Cech.
Sebelum ini (awal bulan Ogos) Arsenal telah meminjamkan penjaga gol Emiliano Martínez kepada kelab Sepanyol, Getafe dan turut melepaskan (jual) Wojciech Szczęsny kepada Juventus pada pertengahan Julai lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post