U23 Arsenal tewas kepada U23 Liverpool.

Kredit gambar : Arsenal
Jaringan Reiss Nelson gagal bantu U23 Arsenal apabila tewas kepada U23 Liverpool awal pagi tadi.

Skuad U23 Arsenal tewas 1-2 kepada U23 Liverpool walaupun mendahului pada minit ke-48 namun gol lewat permainan daripada pemain Liverpool berjaya menewaskan Arsenal.

Reiss Nelson berjaya menjaringkan satu gol pada perlawanan awal pagi tadi dan gol tersebut merupakan gol kelima peribadi beliau pada musim ini.


Namun jaringan beliau itu gagal membantu skuad U23 Arsenal apabila tewas 1-2 kepada skuad U23 Liverpool dalam saingan PL2.

Skuad U23 Liverpool berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-70 hasil jaringan Rhian Brewster sebelum Sam Hart menjaringkan gol kemenangan buat skuad Liverpool pada minit ke-90.

Dengan kekalahan ini, Arsenal berada ditangga kedua dengan enam mata selepas mengharungi tiga perlawanan.


Namun, West Ham berpeluang untuk memotong Arsenal andai menang menentang Swansea nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post