Klopp terkejut Wenger dikutuk.


Kutukan dan kritikan terhadap Wenger daripada peminat Arsenal menjadi tanda tanya buat Jurgen Klopp.

Jurgen Klopp yang mengagumi Arsene Wenger menjelaskan dimana beliau tidak memahami kritikan dan kutukan terhadap pengurus Arsenal ini, namun gembira Wenger masih kekal bersama kelab itu.

Wenger yang menerima kutukan dan kecaman mengenai prestasi belia yang membimbing Arsenal akhirnya tetap menandatangani kontrak baru untuk tempoh dua tahun lagi pada Mei lalu.



Namun menurut pengendali Liverpool, Klopp dalam satu sidang akhbar menjelang pertembungan menentang Arsenal, menegaskan masa depan Wenger hanya boleh diputuskan oleh pengurus itu (Wenger) sendiri ataupun barisan Lembaga Pengarah Arsenal itu sendiri.

"Obviously, Arsene loves what he is doing,"

Beliau mengakui dimana beliau tidak memahami mengapa Wenger dikutuk berdasarkan pencapaian dan kejayaan yang dikecapi Wenger selama ini dan peluang Wenger yang hampir-hampir menjuarai Chmpaions League selain berjaya mengekalkan prestasi pasukan secara kosisiten.


Beliau turut menegaskan dimana beliau begitu memuji dan mengagumi apa yang telah dilakukan oleh Wenger, bukan sahaja apa yang telah dilakukan kepada Arsenal malahan kepada dunia bolasepak secara umumnya.

"The only thing I can say is that I really respect him a lot. I really respect all the things he has done in the past, for Arsenal but also for football in general.

Menjelang pertembungan kedua-dua pasukan ini esok malam, Klopp tidak mahu pemain beliau hanya memberi tumpuan kepada Alexis Sanchez seorang sahaja jika Wenger menurunkan pemain ini buat pertama kali dalam saingan liga.

"After this long, unbelievable, successful time, always being in the Champions League, always being close to winning things, you can get the feeling that a few people don't want you anymore. I don't understand it."

Klopp berpendapat jika pasukan beliau hanya fokus terhadapa Sanchez, tidak mustahil Ozil bakal mencuri peluang dan mampu mengecewakan pasukan beliau ataupun Giroud, Lacazette mahupun Ramsey.

Post a Comment

Previous Post Next Post