Wenger jangka pengurus wanita bakal berada dalam Liga Perdana Inggeris


Wenger menjangkakan bahawa pengurus wanita bakal berada didalam Liga Perdana Inggeris satu hari nanti.

Penekanan pada analisis teknikal menyebabkan Arsene Wenger percaya pengurus wanita tidak lama lagi akan dapat bekerja di Liga Perdana.

Arsene Wenger berkata mungkin ada pengurus wanita di Liga Perdana dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Wenger, yang menandatangani kontrak baru untuk tempoh dua tahun bersama Arsenal pada akhir musim lalu, memberitahu persatuan Penulis Bola Sepak 'di London bahawa dia meramalkan perubahan dalam cara kelab-kelab elit bakal dijalankan.



"Saya yakin bahawa (pengurus wanita di Liga Perdana) akan berlaku tidak lama lagi," 

"Saya yakin dalam masa 10 atau 15 tahun perkara ini bakal terjadi dan tidak semestinya seseorang itu menjadi pakar bola sepak untuk menguruskan sebuah kelab."

"Anda akan mempunyai banyak saintis di sekeliling ketika pasukan anda beraksi dan orang-orang (pakar pengurusan) ini lebih ramai daripada pakar bola sepak ketika pasukan bermain (dalam perlawanan) liga."

"Ini kerana keputusan bola sepak akan dibuat oleh analisis teknologi."

Antara pengurus wanita yang menguruskan pasukan bolasepak lelaki (profesional) :
Corinne Diacre, 43 tahun merupakan pengurus pasukan dan juga ketua jurulatih pasukan Clermont Foot yang beraksi dalam Ligue 2, Perancis. Beliau menjadi pengurus pasukan bagi kelab itu semenjak tiga tahun lalu.

Corinne Diacre merupakan pengurus kepada kelab Clermont Foot yang bersaing di Ligue2 Perancis.
Sebelum itu, Clermont Foot juga pernah memiliki pengurus wanita bagi menguruskan pasukan bolasepak lelaki tersebut iaitu Halena Costa.

Namun beliau hanya mampu bertahan selama 49 hari sebelum meletak jawatan kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan cara kelab tersebut melayani beliau.
Halena Costa hanya mampu bertahan menjadi pengurus pasukan bolasepak lelaki hanya untuk tempoh 49 hari.
Beliau menyifatkan kelab tersebut tidak menghormati beliau dan banyak keputusan yang dilakukan oleh kelab tanpa berbincang terlebih dahulu bersama beliau termasuklah dalam menentukan pemain dalam pasukan bagi menghadapi perlawanan liga.

Post a Comment

Previous Post Next Post