Tattoo Walcott salah eja...


Theo Walcott, 28 tahun berkongsi kegembiraan dengan tattoo terbaru yang dimiliki beliau menerusi laman Twitter.

Tatto yang tertulis perkataan yang dibaca sebagai 'Om Namah Shivaya' merupakan salah satu mantera Hindu yang paling terkenal mengikut laporan First Post.

Kata-kata itu membawa maksud menghormati Dewa Shiva, salah satu dewa dalam kepercayaan agama Hindu.
Namun, mengikut laporan itu juga, ejaan pada tattoo terbaru Walcott itu mengalami kesilapan apabila disalah eja.



Walaupun menerima ucapan tahniah daripada peminat beliau, namun peminat daripada India telah mengur kesilapan ejaan pada tatto itu.

Ejaan sebetulnya adalah 'Om Namah Shavaya' dan bukannya 'Om Namah Shivaya'.

Menurut peminat, tiga perkataan terakhir itu pada tatto beliau membawa masud 'mayat' dan meminta Theo untuk memperbaiki tatto beliau itu.
Namun ada juga yang mengatakan dimana ejaan tersebut adalah betul cuma dieja dengan cara berbeza.
Pelbagai reaksi dan komen dapat dibaca pada posting Theo itu mengenai tatto terbaru beliau.

Penulis bukan faham sangat tulisan tattoo itu cuma sekadar berkongsi berita mengenai pemain Arsenal dan mungkin pembaca-pembaca MyGooners dapat memberikan penjelasan mengenai tulisan tattoo ini.



Post a Comment

Previous Post Next Post