Bekas pemain Arsenal, Liverpool dan Manchester City, Kolo Toure dilantik menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan Celtic.

Kolo Toure, 36 tahun menamatkan karier selaku pemain bola sepak selama 18 tahun apabila mengumumkan persaraan selepas kontrak beliau tidak disambung selepas tamat musim 2016/17 bersama Celtic.


Walau bagaimanapun beliau kembali menyertai kelab Celtic itu sebagai staff barisan kejurulatihan kelab tersebut pada Jumaat lalu.



Beliau bakal bekerja bersama pengurus Celtic, Brendan Rodgers yang mana pernah membimbing beliau ketika bersama Liverpool dan juga Celtic pada musim 2016/17.
I couldn’t be happier to be back at this great club,” he said. “This is a new chapter in my career, a new beginning. The football is over now. I can officially say I am retired from playing and now I am fully concentrating on coaching.
Toure pernah bersama Arsenal selama tujuh musim dengan membuat 326 penampilan dan 14 gol berjaya dijaringkan beliau.

Beliau turut berada dalam sebahagian skuad Invincibles Arsenal yang menjuarai Liga pada musim 2003/04.

Antara kejayaan lain yang dikecapi beliau bersama Arsenal adalah:
➧ Premier League: 2003–04
➧ FA Cup: 2002–03, 2004–05
➧ FA Community Shield: 2002, 2004
➧ UEFA Champions League: (Naib Juara) 2005–06
In everything he does, he is quite simply a fantastic example to anyone. He has worked at the top of the game for so many years and he has all the qualities which any player of any age should aspire to. - Reuter
Bersama Celtic musim lalu beliau berjaya memenangi kejuaraan :
➧ Scottish Premiership
➧ Scottish League Cup
➧ Scottish Cup

Post a Comment

Previous Post Next Post