Perkara-perkara menarik dan lucu pada perlawanan Chelsea menentang Arsenal


Pertembungan dua kelab bermusuhan London, Chelsea dan Arsenal berkesudahan seri tanpa jaringan malam semalam.

Lebih malang buat Chelsea apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain menghampiri wisel penamat selepas David Luiz dilayangkan kad merah pada minit ke-87.

Arsenal yang bermain pada saingan Liga Europa Jumaat lalu tampil dengan persembahan cukup menarik dan bertenaga walaupun mengharungi jadual padat minggu lepas.

Gandingan Xhaka dan Ramsey juga menunjukkan keserasian diantara mereka berdua dengan mendominasi kawasan tengah perlawanan malam tadi.

Xhaka dan Ramsey mendominasi kawasan tengah dengan 164 sentuhan.
Arsenal terlepas beberapa peluang untuk menjaringkan gol dan paling hampir adalah melalui Lacazette pada minit ke-41 selepas percubaan Ramsey terkena tiang dan bola melantun didepan beliau.

Namun sayangnya percubaan beliau tersasar tinggi dan liar.

Arsenal sekali lagi gagal menjaringkan gol pada minit ke-75 selepas tandukan Mustafi yang menerjah gawang gol Chelsea tidak dikira akibat beliau terlebih dahulu dikesan berada dikedudukan 'offside'.

Tamat perlawanan, Chelsea 0-0 Arsenal.



Highlights Perlawanan

Walaupun gagal mencapai kemenangan, namun persembahan Arsenal malam tadi boleh dikatakan yang terbaik setakat ini (bagi musim 2017/18).

Perbezaan ketara dapat dilihat dari segi keyakinan pemain dan keserasian gandingan yang diturunkan malam tadi.

Dan yang paling penting, semangat juang yang dipamerkan oleh para pemain.

Namun terdapat perkara yang agak melucukan mengenai perlawanan ini.

Salah satu kejadian sebelum bermulanya perlawanan malam tadi dimana terdapat kesilapan yang dikeluarkan oleh laman twitter rasmi Arsenal mengenai formasi pemain yang menampilkan Welbeck selaku penyerang dan Lacazette bermain dibelakang beliau.

Kedudukan penyerang Arsenal - Welbeck.
Namun ianya pantas dibetulkan oleh petugas yang mengendalikan laman sosial itu.

Pembetulan mengenai posisi Welbeck dan Lacazette.
Begitu juga dengan reaksi Sanchez apabila Lacazette terlepas peluang menjaringkan gol pada minit ke-41.


Beliau tidak menunjukkan perasaan kecewa dan simpati terhadap rakan sepasukan beliau (Laca) yang gagal menyermpurnakan peluang terhidang sebaliknya reaksi beliau yang ketawa besar seolah menggambarkan  perkara yang amat melucukan.

Peristiwa lucu lain apabila Mustafi yang meraikan gol beliau yang tidak disedarinya adalah 'offside'.


Beliau tidak keseorangan (meraikan gol offside) apabila seorang penyokong Arsenal juga turut meraikan jaringan beliau dengan menceroboh padang untuk meraikan bersama Mustafi.

Fakta lain
Buat pertama kalinya semenjak tahun 2005, Arsenal berjaya mencipta 'clean sheet' (tanpa bolos) di Stamford Bridge.



Dengan keputusan seri menentang Chelsea malam tadi, Arsenal kini gagal menewaskan pasukan 'top six' ditempat lawan buat tempoh 973 hari.



Rujukan dan sumber : Daily Mail.

Post a Comment

Previous Post Next Post