Kenali pasukan BATE Borisov


BATE Borisov, kelab bolasepak daripada Belarus yang dibangunkan semula pada tahun 1996 dan maksud perkataan BATE adalah merujuk kepada singkatan ataupun huruf awalan bagi Borisov Automobile and Tractor Electronics.

Kelab ini yang ditubuhkan pada tahun 1973 mengalami musim suram apabila dibubarkan pada tahun 1984.

12 tahun kemudian (1996), kelab ini dibangunkan kembali dan berjaya memenangi liga ketiga (Division 3 Liga Belarus) dan tahun berikutnya (1997) kelab ini bermain di liga kedua Belarus sebelum menamatkan saingan liga ditangga kedua.

Bermula tahun 1998, BATE beraksi pada liga utama Belarus (Liga Perdana) dan bermula pada tahun tersebut sehingga musim lepas (2016), kelab ini telah muncul juara liga sebanyak 13 kali.

Menjelang pertembungan menentang Arsenal pada Jumaat ini (waktu Malaysia), BATE sudah tentu mahu mengekal kecemerlangan mereka selepas berjaya mencapai kemenangan besar 6-0 mengalahkan FK Slutsk pada 23 September lalu.


Kali Pertama
Arsenal bakal menghadapi kelab Belarus ini, BATE buat kali pertama dalam sejarah bolasepak kelab ini begitu juga BATE yang bakal menerima kunjungan Arsenal buat kali pertama dalam sejarah mereka.

Kelab Inggeris.
Everton merupakan satu-satunya kelab Inggeris yang pernah ditentang oleh kelab BATE ini iaitu pada saingan Liga Europa musim 2009/10.

Skuad Everton vs BATE pada tahun 2009.
Walaupun tewas ditempat sendiri (2-1) namun BATE berjaya membalas kekalahan tersebut apabila berjaya memenangi perlawanan ditempat lawan dengan keputusan 1-0.

Kesebelasan utama Everton vs BATE (17 Disember 2009)
Prestasi BATE (5 perlawanan terakhir ditempat sendiri)

Tarikh Saingan Home Keputusan Lawan
12/08/17 Liga BATE 1 - 0 Dinamo Brest
18/08/17 Europa BATE 1 - 1 Oleksandria
20/08/17 Liga BATE 2 - 3 Krumkachy
10/09/17 Liga BATE 2 - 0 Slavia
23/09/17 Liga BATE 6 - 0 Slutsk

BATE juga setakat ini berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah mereka selama tujuh perlawanan diperingkat (saingan) Eropah dengan mencatatkan tiga kali kemenangan dan empat kali seri.

Dan kali terakhir BATE kalah ditempat sendiri adalah pada musim 2015/16 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah peringkat kumpulan apabila tewas 2-0 kepada Barcelona.

Aleksandr Yermakovich
Pengurus BATE, Aleksandr Yermakovichi merupakan bekas pemain kelab ini bagi tempoh 10 tahun dimana beliau menyertai BATE pada tahun 1998 sehingga 2008.

Pada tahun 2008, beliau dilantik menjadi penolong pengurus pasukan dan berkhidmat selama lima musim sebelum dilantik menjadi pengurus pada tahun 2013.

Memasuki musim kelima sebagai pengurus pasukan, Yermakovichi telah berjaya membawa BATE mengecapi serta mengekalkan kejuaraan liga yang dimenangi sebelum ini ketika beliau menjawat selaku penolong pengurus kepada Viktor Goncharenko.

Beliau telah berjaya memenangai kejuaran liga sebanyak empat kali iaitu bermula tahun pertama beliau selaku pengurus sehingga musim lepas (2013, 2014, 2015 dan 2016).

*BATE merupakan Juara Liga Belarus bermula musim/tahun 2006 sehingga 2016 (setakat ini).

Selain kejuaraan liga, Yermakovichi juga berjaya membawa BATE menjuarai:

➢ Piala Belarus : 2014–15
➢ Belarus Super Cup : 2014, 2015, 2016

Manakala rekod beliau selaku pemain BATE pula :

➢ Juara Liga Belarus: 1999, 2002, 2006, 2007, 2008
➢ Juara Piala Belarus: 2005–06

Pemain yang pernah mewakili kedua-dua kelab.
Aleksandr Hleb merupakan pemain yang pernah mewakili kedua-dua pasukan ini dimana beliau bermain atau mewakili BATE pada 1999–2000, 2012–13, 2015 dan 2016.

Hleb juga pernah beraksi bersama Arsenal pada musim 2005 sehingga 2008.

Pemain BATE yang perlu diberi perhatian

1.Mirko Ivanic

Pemain penyerang tengah AMC berusia 24 tahun yang telah membuat tujuh penampilan dalam saingan Eropah musim ini (kelayakan Juara-Juara Eropah dan Liga Europa) berjaya menjaringkan tiga gol dan dua bantuan gol setakat ini.

2.Mikhail Gordeychuk

Pemain sayap kiri berusia 27 ini berjaya menjaringkan dua gol dan tiga bantuan gol pada saingan Eropah (kelayakan Juara-Juara Eropah dan Liga Europa) musim ini untuk enam kali penampilan.

Post a Comment

Previous Post Next Post