Arsenal tanpa 10 pemain utama


Arsenal yang berkunjung ke Belarus bagi menghadapi BATE Borisov dalam saingan Liga Europa dilaporkan tanpa 10 pemain utama.

Menurut laporan Mirror, Alexis Sanchez merupakan antara 10 pemain utama Arsenal yang tidak menyertai skuad ini bagi menghadapi perlawanan kedua Liga Europa.

Sanches direhatkan bagi saingan Europa menentang BATE bagi memberi peluang dalam saingan liga.
Antara pemain lain yang dilaporkan tidak menyertai skuad Arsenal kali ini adalah Alexandre Lacazette, Mesut Ozil, Laurent Koscielny, Hector Bellerin, Nacho Monreal, Sead Kolasinac,  Aaron Ramsey dan Granit Xhaka.



Difahamkan Wenger tidak membawa 10 pemain ini menyertai skuad ke Belarus bagi mengekalkan kecergasan serta mengelakkan pemain-pemain ini daripada keletihan bagi menghadapi saingan liga menentang Brighton & Hove Albion yang dijadualkan pada 1 Oktober jam 7 malam (waktu Malaysia).

Arsenal bakal berdepan Brighton & Hove Albion selepas perlawanan menentang BATE.
Sementara seorang lagi pemain Arsenal yang dilaporkan tidak menyertai skuad bagi menghadapi perlawanan Liga Europa ini adalah Alex Iwobi yang dilaporkan mengalami kecederaan.

Iwobi dilaporkan mengalami kecederaan paha 'thigh injury'.
Dijangkakan Wenger bakal membariskan pemain-pemain senior dan berpengalaman seperti Per Mertesacker, Theo Walcott dan Olivier Giroud disamping pemain-pemain muda Arsenal seperti Ainsley Maitland-Niles dan Reiss Nelson.

Turut sama menyertai skuad ke Belarus adalah pemain muda Arsenal yang lain seperti Charlie Gilmour, Vlad Dragomir, Marcus McGuane dan Josh Dasilva.

“Gilmour is a defender or central midfielder,” the boss said. “McGuane is a defensive midfielder, and overall he can play as a wing-back or even a centre back in training. Josh Dasilva is a left wing-back or a left-centre back. Vlad Dragomir is a Romanian boy, he was with us for a few years, he’s a No 10, Wilshere-style, left-footed, a creative player.” - Arsenal

Post a Comment

Previous Post Next Post