Lacazette bukan sekadar penjaring.


Kemenangan 2-0 Arsenal keatas West Brom dalam saingan liga awal pagi tadi meletakkan Arsenal kini berada ditangga ketujuh liga dengan mengumpul 10 mata daripada enam perlawanan setakat ini. 

Dan dengan kemenangan ini juga bermakna Arsenal kini berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah menjadi lima perlawanan selepas mengalami kekalahan memalukan ditangan Liverpool 4-0.

Tarikh Saingan Lawan Keputusan
06/08/17 Piala Perisai Komuniti Arsenal vs Chelsea 1-1 (menang penalti 4-1)
12/08/17 Liga Perdana Inggeris Arsenal vs Leicester City 4-3 (menang)
20/08/17 Liga Perdana Inggeris Stoke City vs Arsenal 1-0 (kalah)
27/08/17 Liga Perdana Inggeris Liverpool vs Arsenal 4-0 (kalah)
09/09/17 Liga Perdana Inggeris Arsenal vs Bournemouth 3-0 (menang)
15/09/17 Liga Europa Arsenal vs Köln 3-1 (menang)
17/09/17 Liga Perdana Inggeris Chelsea vs Arsenal 0-0 (seri)
21/09/17 Piala EFL Arsenal vs Doncaster Rovers 1-0 (menang)
26/09/17 Liga Perdana Inggeris Arsenal vs West Brom 2-0

Pada pertembungan menentang West Brom, Lacazette telah berjaya menjaringkan dua gol dan setakat ini beliau telah menjaringkan empat gol secara keseluruhan bersama Arsenal dalam saingan liga.



Beliau hanya membuat empat penampilan liga setakat ini dan jumlah yang dijaringkan itu menunjukkan beliau kini semakin dapat menyesuaikan diri bersama Arsenal dan juga dengan corak Liga Perdana Inggeris yang lebih kepada fizikal.

Dengan prestasi cemerlang beliau itu, Wenger menyifatkan bahawa beliau bukan sahaja seorang penjaring gol malahan penyerang kebangsaan Perancis berusia 26 tahun ini turut disifatkan Wenger sebagai seorang yang mampu mencipta dan membantu dalam menghasilkan gerakan serta serangan pasukan.
He's not only a goalscorer, his link up play is good. He fights as well, he's not fazed by the physical challenges that West Brom gave us and overall he looks to adapt very quickly and very well.
Arsenal kini dilihat seolah pulih daripada kekecewaan yang dihadapi  apabila tewas kepada Liverpool dan perkembangan positif pasukan juga dapat dilihat pada persembahan pemain-pemain yang cukup berbeza ketika menghadapi Liverpool.

Jelas kini pemain-pemain Arsenal kelihatan lebih yakin dan lebih bersemangat serta diharapkan pemain-pemain dapat meneruskan rentak kecemerlangan disamping mempamerkan semangat juang yang tinggi.

Arsenal bakal berdepan BATE pada 29 September, jam 1.00 pagi waktu Malaysia bagi saingan Liga Europa ditempat lawan.

Post a Comment

Previous Post Next Post