Ramsey selaku Attacking Midfielder.


Aaron Ramsey, 26 tahun menyertai Arsenal pada tahun 2008 daripada kelab Wales iaitu Cardiff City.

Sebelum menyertai Arsenal, beliau terlebih dahulu dikesan oleh pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson yang terpikat dengan aksi beliau ketika perlawanan suku akhir Piala FA diantara Cardiff City menentang  Middlesbrough pada tahun 2008.

"Aku minat Ramsey dulu, ko lak rembat dia" - SAF.
Ekoran itu (persembahan menarik Ramsey pada pertembungan menentang Middlesbrough), Ferguson mula merisik pemain ini dengan berunding bersama pengurus Cardiff ketika itu, Dave Jones.



Namun bukan Manchester United sahaja yang meminati pemain ini malahan Everton dan Arsenal kemudiannya turut sama merisik pemain remaja Cardiff ini.

Ramsey ketika itu baru berusia 17 tahun merupakan salah seorang peminat pasukan United namun akhirnya beliau menyertai pasukan 'rival' United iaitu Arsenal pada 13 Jun 2008.

Posisi vs West Brom

Beliau pada asasnya merupakan seorang pemain tengah (center midfielder- cm), namun pada perlawanan menentang West Brom semalam, Wenger telah meletakkan beliau pada posisi tengah menyerang (attacking midfielder) mengisi tempat yang kebiasaanya menjadi milik Ozil.

Posisi Ramsey vs West Brom
Namun ianya bukanlah kali pertama Wenger bertindak demikian dengan meletakkan Ramsey pada posisi tersebut, untuk rekod Ramsey telah bermain sebanyak 35 kali pada posisi AM sebelum perlawanan menentang West Brom semalam.

*rekod berdasarkan pencarian oleh penulis.

Dan setakat ini, ianya menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 36 kali untuk Ramsey beraksi pada posisi tersebut.

Kali Pertama
Perlawanan menentang Newcastle United pada 13 Ogos 2011 merupakan aksi pertama Ramsey turun selaku pemain AM dan beliau beraksi sehingga minit ke-90+3 sebelum dikeluarkan dan digantikan dengan Johan Djourou pada  minit akhir perlawanan tersebut yang berkesudahan seri 0-0.


Rating vs Newscatle (13 Ogos 2011) oleh Goal


Ramsey vs West Brom (26 Ogos 2017)
Pada pertembungan menentang West Brom, beliau musim ini buat pertama kali beraksi pada posisi tersebut dan boleh dikatakan beliau berjaya menghasilkan satu assist apabila Arsenal dihadiahkan penalti pada minit ke-66 setelah beliau dijatuhkan oleh Allan Nyom.

Dan Lacazette tidak mempersia-siakan peluang tersebut apabila berjaya menyudahkan sepakan penalti itu untuk memberikan kelebihan buat Arsenal mendahului 2-0 dan kekal sehingga tamat perlawanan.

Heatmap Ramsey vs West Brom.
Rating pemain yang dikeluarkan oleh WhoScored.
Berikut adalah posisi-posisi yang pernah Ramsey bermain sepanjang karier beliau bersama Arsenal.

Rekod keseluruhan Ramsey (2008-2016/17)
*bagi pengguna mobile (handphone) boleh gerakan carta ini kekiri dan kanan bagi melihat carta secara keseluruhan.
Posisi 2008/09 2009/10 2010/11 2011/12 2012/13 2013/14 2014/15 2015/16 2016/17
P G A P G A P G A P G A P G A P G A P G A P G A P G A
Defensive Midfield 2 3 2 1 2 1 6 1 2
Central Midfield 1 3 2 1 4 1 2 28 1 3 24 14 16 29 8 5 25 3 4 15 2 1
Right Midfield 2 2 1 1 10 6 2 7 2 3 10 2 2 1
Left Midfield 3 4 1 1 1
Attacking Midfield 25 1 4 2 1 7 1 1
Jumlah 3 5 1 2 1 33 2 6 46 2 4 33 16 19 36 10 8 37 5 5 31 4 5
P = Penampilan. G = Gol dijaringkan, A = Assists ataupun bantuan gol dihasilkan

Bagi rekod musim ini (2017/18) setakat 27 Ogos 2017.
Posisi Penampilan Gol Assists
Defensive Midfield 3 1 -
Central Midfield 2 - 1
Attacking Midfield 1 - 1


Post a Comment

Previous Post Next Post