Liga Europa pentas terbaik buat Wilshere


Perlawanan semalam menyaksikan persembahan menakjubkan daripada pemain tengah ini yang pernah dipinjamkan selama semusim bersama Bournemouth musim lalu.

Dengan masa depan beliau bersama Arsenal agak suram ketika ini apabila masih belum ditawarkan kontrak baru (lanjutan) dan bermain pada tahun terakhir (kontrak) bersama Arsenal.

Bukan sahaja kontrak yang masih belum ditawarkan malahan peluang beliau untuk beraksi bersama skuad utama Arsenal musim ini juga masih suram.

Wilshere masih belum lagi membuat sebarang penampilan bersama skuad utama Arsenal dalam saingan liga. Beliau setakat ini hanya membuat lima penampilan iaitu dua didalam saingan Liga Europa (112 minit), dua kali bagi Liga Perdana 2 (137 minit) dan sekali dalam saingan Piala EFL dengan penampilan penuh 90 minit.



Namun prestasi beliau dalam saingan Liga Europa pagi tadi benar-benar menakjubkan dan mendapat pujian Wenger.
Arsene Wenger praised Jack Wilshere's "outstanding" contribution to Arsenal's 4-2 Europa League victory at BATE Borisov. - Sky Sports
"He had an outstanding first half."

"He fights until the end. He's on his way back to his best and showed that. He's at an age where a player normally gets to the best of his career. He's on the way up. He's only been stopped by a series of injuries."

"Hopefully, I just pray, he is not hampered by any more problems and that will see him getting stronger and stronger. He's shown again that he's not lost his football."


Melihatkan senario ini, boleh dikatakan peluang terbaik buat Wilshere membuktikan kebolehan beliau adalah dalam saingan Liga Europa bagi merebut kembali posisi beliau didalam skuad utama Arsenal yang kini menjadi milik gandingan Ramsey dan Xhaka.

Aksi beliau pada perlawanan malam tadi sangat menakjubkan sehinggakan terdapat sebilangan peminat menyifatkan beliau terlalu bagus untuk beraksi dalam saingan Europa.
Berikut antara reaksi peminat mengenai aksi Jack Wilshere pada pertembungan pagi tadi.

Post a Comment

Previous Post Next Post